KES membabitkan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang terbunuh dalam rusuhan di Kuil Sri Mahamariamman di Seafield wajar dijadikan pengajaran.
Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, susulan apa yang didedahkan mahkamah Koroner semalam, pihak berkuasa wajar meneliti Prosedur Operasi Standard (SOP) dan membaiki kelemahan sedia bagi memastikan insiden serupa tidak lagi berulang.
Tambahnya apa yang lebih penting ialah pihak polis dan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas perlu segera memulihkan keadaan dengan mengambil tindakan mengheret individu yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
“Saya percaya Badan Kehakiman cukup telus di Malaysia, dan mereka yang bertanggungjawab akan dihukum.
“Saya harap semua pihak bertenang dan kita serahkan kepada penguatkuasa untuk melakukan kerja mereka,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, pandangan serupa turut disampaikan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.
Malah tegasnya, keputusan Mahkamah Koroner diharap dapat memberi peluang untuk perbetul keadaan demi memastikan kejadian yang cukup menyedihkan tidak berulang lagi.
“Keadilan buat Allahyarham Adib dan keluarganya adalah keadilan buat semua rakyat Malaysia,” katanya.
Semalam, Mahkamah memutuskan kematian anggota bomba, Muhammad Adib adalah akibat dipukul oleh sekumpulan lelaki.
Koroner Rofiah Mohamad turut menyimpulkan kegagalan pihak polis menjalankan tugas mereka menyumbang kepada insiden berkenaan.
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan di Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.