PAKEJ harga bagi tiga lokasi tarikan pelancong yang dijual sebelum 1 Januari lalu dikekalkan pada kadar lama, umum Datuk Christina Liew.
Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata, keputusan itu diambil berikutan rayuan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sabah/Labuan berikutan pengumuman kenaikan yuran pada 26 Oktober tahun lalu.
“Pihak kementerian telah pun menghasilkan formula bagi meringankan beban yang disebabkan oleh isu kenaikan harga di beberapa lokasi tarikan di negeri ini.
“Kita telah meluluskan formula itu selepas mengadakan perjumpaan bersama Pengarah Sabah Parks, Dr Maklarin Lakim dan pasukan pengurusannya pada Isnin.
“Untuk tempahan berbayar sebelum 1 Januari 2023, kita masih akan menggunakan kadar lama. Ini kerana pakej telah pun dijual sebelum pengumuman kenaikan yuran pada 26 Oktober 2022. Bagaimanapun, semua pakej yang dijual selepas 1 Januari 2023 adalah berdasarkan kadar baharu,” katanya dalam satu kenyataan media.
Tiga lokasi itu meliputi aktiviti pendakian Gunung Kinabalu; bayaran masuk ke Taman Kinabalu dan kunjungan ke Kolam Air Panas Poring yang terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu.
Tempahan sebelum Januari kekal kadar lama |
Kadar bayaran permit bagi aktiviti pendakian Gunung Kinabalu untuk pendaki dewasa warganegara sebelum pengumuman kenaikan adalah adalah RM50, manakala sebanyak RM200 untuk pendaki dewasa bukan warganegara
Kedua-duanya meningkat sebanyak 100 peratus selepas mengumuman kenaikan tersebut.
0 Comments