S'wak mungkin kena PKPD jika kes Covid meningkat



PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mungkin akan dikuatkuasakan di Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata begitu sebagai mengulas kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat di negeri itu

"Tindakan kita, kita telah hantar pasukan KKM di lapangan dan akan memantap dan meningkatkan contact tracing (pengesanan kontak) untuk mengesan kes-kes yang positif.

"Setakat ini, kita masih mengawal dengan baik tetapi kalau perlu kita akan menjalankan PKPD di kawasan berkenaan, iaitu di lokaliti atau kumpulan sasar yang telah dikenal pasti," katanya dalam sidang media di Putrajaya.

https://t.me/kartelmedia
Sementara itu jelas Dr Noor Hisham, terdapat lapan kluster yang masih aktif di Sarawak.

Kluster tersebut ialah kluster Sentosa, Stutong, Kejuruteraan Kuching, Mambong, Jupiter, Pusat Perubatan Kuching, Jeti Kuching dan PUI Melbourne.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan, enam daripada sembilan kes dikesan melibatkan penularan dalam negara. Empat daripadanya dikesan di Sarawak.

Daripada enam kes itu, empat melibatkan warga tempatan dan semuanya berlaku di Sarawak iaitu daripada Kluster Stutong, Kluster Sentosa, Kluster Kejuruteraan Kuching dan satu kes masih dalam siasatan.

Bagaimanapun menurut Dr Noor Hisham, KKM akan terus menjalankan pengesanan kontak terhadap individu yang terdedah kepada kes-kes positif dan seterusnya melakukan ujian swab dan jika didapati positif akan dimasukkan ke hospital manakala, jika negatif, akan dikuarantin.

Post a Comment

0 Comments