Olimpik Tokyo 2020 mungkin dibatalkan


TEMASYA
Sukan Olimpik Tokyo yang telah ditangguhkan ke tahun hadapan mungkin akan dibatalkan sekiranya pendemik Covid-19 masih gagal dikawal.

Perkara itu dinyatakan Presiden Tokyo 2020,Yoshiro Mori menerusi temu bual bersama media tempatan NHK.

"Jika situasi pandemik ini masih berterusan, kita tidak boleh menganjurkan temasya sukan ini. Sama ada ia boleh diteruskan atau tidak, semuanya terletak kepada sikap manusia untuk membendung penularan ini.

"Terutamanya untuk menghasilkan vaksin atau ubat bagi mencegah COVID-19," jelasnya sambil berharap situasi pandemik ini beransur pulih.

Untuk rekod, temasya sukan dunia itu ditangguhkan ke 23 Julai 2021.
https://t.me/kartelmedia
Sebelum ini, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik Jepun yakin anjuran temasya ini akan diteruskan pada tahun depan dengan beberapa garis panduan yang sudah ditetapkan.

Mereka turut berpendapat temasya ini tidak boleh ditunda lagi dan akan dibatalkan sekiranya ia tidak berlangsung tahun hadapan.

Sebelum ini timbul persoalan sama ada para atlet akan diberikan vaksin sekiranya ia berjaya dibangunkan dalam masa terdekat, atau adakah atlet dari luar negara perlu dikuarantin.

Selain itu timbul persoalan sama ada para penonton akan dibenarkan masuk ke dalam venue untuk menonton acara dijalankan.
 

Post a Comment

0 Comments