AHLI PARLIMEN Gombak, Mohammed Azmin Ali tidak ada pilihan selain berusaha memperbaiki hubungannya dengan Umno dan PAS, bagi memastikan kelangsungan karier politiknya.
Seorang pemimpin Umno Selangor yang dipetik laporan FMT berkata, masa depan politik bekas naib Presiden KEADILAN itu kini dalam bahaya kerana berlaku rasa kurang percaya antara Umno dan PAS terhadap Azmin.
“Dia nampaknya bermasalah dengan semua orang,” kata Isham Jalil.
Kenyataan itu dibuat susulan beberapa kritikan disuarakan beberapa pemimpin Umno dan PAS selangor yang sebelum ini mengkritik beberapa tindakan dilakukan Azmin, termasuk seolah-olah tidak memperdulikan rakan gabungannya dalam Perikatan Nasional (PN) itu.
Ia termasuk kritikan Yang Dipertua PAS Gombak Salehuddin Mohd Nasir yang mendakwa Azmin keengganan bekerja dengannya sebagai satu pasukan di Gombak.
Sementara itu, Isham turut mengingatkan Azmin bahawa dirinya telah kehilangan sokongan akar umbi dalam KEADILAN dan Parti Bersatu serta kepercayaan dikalangan pengundi Cina.
Katanya, pengundi Cina tidak akan memilih Azmin dan rakan-rakannya lagi, yang berhijrah daripada Pakatan Harapan (HARAPAN), pada pilihan raya akan datang.
“Saya rasa dia ada masalah besar ketika ini,” tambahnya.
Sementara itu, ketika mengulas mengenai rancangan bagi pilihan raya umum ke-15, Isham turut mendedahkan bahawa Umno Selangor lebih suka bertanding bawah perjanjian Muafakat Nasional dengan PAS berbanding meneruskan kerjasama dengan parti Bersatu yang membentuk kerajaan persekutuan hari ini.
“Tidak ada perjanjian formal di pihak Perikatan Nasional selain Muafakat Nasional,” katanya.
Katanya, Bersatu perlu mempertimbangkan untuk membubarkan parti itu seperti dilakukan Semangat 46.
Sebelum ini, seorang pemimpin Parti Amanah melihat keputusan Azmin dan pengikutnya keluar HARAPAN dan bersekongkol dengan PN hanya akan memakan diri.
BACA: Tanpa parti, kumpulan Azmin dijangka ditolak rakyat

Tanpa menyertai mana-mana parti, Azmin dan kumpulannya dilihat tersepit dan tidak tahu ke mana hala tuju politik mereka untuk dibawa kepada rakyat.
0 Comments