Asri Janggut akan dipanggil polis


POLIS dilapor akan memanggil peniaga burger yang mengeluar kenyataan mendakwa kebanyakan anggota keselamatan di negara ini sebagai tidak menjaga solat untuk diambil keterangan.

Perkara itu disahkan Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid melalui satu laporan media tempatan.

Menurut Mior Faridalathrash, dua laporan polis telah difailkan terhadap  Mohd Asri Hamid masing-masing satu di Balai Polis Jalan Travers dan Balai Polis Jalan Tun Razak.

"Polis akan panggil dia dalam minggu ini," katanya seperti dipetik Harian Metro.

Semalam, satu klip video sepanjang kira-kira 31 saat memaparkan Asri  sidang media - semasa sidang media tersebut, Asri mendakwa kebanyakan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menjaga solat masing-masing.

Rakaman tersebut tular dan membangkitkan rasa kurang senang dikalangan warganet.

Asri sebelum menarik perhatian ramai apabila membuat pendedahan mengenai kegiatan perjudian tanpa lesen dan penjualan rokok seludup yang tidak dikenakan tindakan di sekita Bandar Baru Sungai Buloh.

Difahamkan beliau bertindak demikian selepas pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas perniagaannya.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam laporan lain menjelaskan tindakan dikenakan terhadap gerai diusaha Asri atas alasan tidak berlesen.

Malah Pihak berkuasa Tempatan (PBT) itu turut memberi penjelasan bahawa mereka pernah menawarkan tapak gerai sementara kepada Asri namun ditolak.

https://t.me/kartelmedia
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan dakwaan  Asri sebagai keterlaluan.

Tegasnya, semua calon konstabel dan pegawai bagi pengambilan baharu juga diwajibkan menjalani ujian agama dan pihaknya turut menyediakan prasarana dan sentiasa memberi ruang untuk setiap pegawai dan anggota melaksanakan kewajipan masing-masing.

“Ini (solat) soal kita dengan Tuhan dan PDRM tidak pernah ketepikan … didikan moral dan agama sentiasa disemarakkan dalam pasukan.

“Orang kena tahu yang PDRM juga ada hafiz dan setiap Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negara mempunyai surau,” katanya.
Sebagai rekod, Asri telah meminta maaf atas keceluparannya.
 

Post a Comment

0 Comments