Ahmad Said luah rasa tak puas hati kepada PAS


WALAUPUN pemimpin UMNO dan PAS cuba memberi gambaran kepada rakyat bahawa kerjasama kedua-dua parti itu dalam Muafakat Nasional berada dalam keadaan kukuh, perkara sebaliknya berlaku di Terengganu.

Pengerusi UMNO negeri itu, Ahmad Said secara terbuka mengakui tidak berlaku kerjasama diharapkan antara kedua parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) Terengganu.

Memetik satu laporan media, Ahmad Said  menyalahkan sikap pemimpin PAS di negeri itu sebagai punca kerjasama antara dua parti itu tidak berjaya diperkemaskan dengan baik.
https://t.me/kartelmedia
"Mereka (PAS) masih mengamalkan sikap yang lama. Mereka kata mahu menjalin muafakat tetapi yang berlaku sebaliknya.

"Misalnya berlaku tidak adil dalam agihan wang bantuan RM10 juta daripada kerajaan Pusat bagi menangani wabak koronavirus (Covid-19) di setiap negeri. 


"Wakil rakyat Pas menerima RM350,000 sebaliknya wakil rakyat UMNO mendapat sebanyak RM45,000. Itu pun selepas saya ‘bising’ mengenai hal itu," katanya dipetik.

Bekas Menteri Besar era Umno  dari 2008 hingga 2014 itu turut membangkitkan beberapa isu lain berhubung kerjasama antara Pas dan UMNO di Terengganu.

“Apa yang berlaku ini saya turut maklumkan kepada Presiden UMNO, malah kepimpinan beliau di peringkat nasional sudah maklum mengenai situasi yang berlaku di Terengganu,” katanya.

Selain membangkitkan isu peruntukan bantuan Covid-19 ketika sesi perbahasan ketika Persidangan DUN, Ahmad Said turut menyerang pentadbiran PAS Terengganu.

Antaranya mempersoalkan tindakan kerajaan negeri melantik individu tertentu memegang terlalu banyak jawatan-jawatan penting dalam syarikat milik kerajaan negeri.

Ada individu tertentu katanya mempunyai rekod yang tidak baik dan pernah dipecat  dilantik memegang sehingga 13 jawatan termasuk pengerusi, ahli lembaga pengarah dan penasihat.