Kes Zahid: PM biarkan mahkamah buat keputusan


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar tidak mahu terburu-buru mendahului mahkamah dalam kes presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Pendirian itu dinyatakan Anwar dalam satu wawancara bersama agensi berita antarabangsa Bloomberg baru-baru ini ketika diminta mengulas kehadiran Zahid dalam jemaah kabinetnya ketika menghadapi 47 pertuduhan di Mahkamah.

“Dia (Zahid) telah disiasat dan didakwa - sedang menjalani perbicaraan dan mahkamah harus membuat keputusan secara bebas. Saya menyatakan dengan sangat jelas bahawa mahkamah adalah bebas dan saya tidak fikir saya harus menghakimi terlebih dulu (daripada mahkamah).

“Tetapi ia tidak sepatutnya hanya bersifat politik semata-mata. Mengapa merujuk kepadanya (Zahid) secara peribadi sedangkan saya telah mengatakan bahawa sistem itu yang korup?

“Terdapat begitu ramai pemimpin politik lain yang telah menyalahgunakan jawatan mereka; bekas perdana menteri, bekas menteri kewangan, mencecah ratusan dan jutaan dolar,” katanya.

Anwar dalam wawancara itu turut menyentuh mengenai pentadbirannya dengan jemaah menteri jelasnya telah menjalankan tugas mereka dengan baik dengan mematuhi dasar untuk menentang rasuah.


PM tak mahu mendahului keputusan Mahkamah
“Untuk bersikap adil, mereka telah mematuhi peraturan ini sekarang.


“Tiada satu kesan yang saya dapati daripada mana-mana pasukan saya yang cuba membazir melalui kontrak atau projek dan saya puas hati dengan itu.

"Orang harus menilai saya bermula dua bulan lalu,” tambahnya.

Post a Comment

3 Comments