MALAYSIA mencatatkan 21 kes baru Covid-19 hari ini, berbanding 9 kes dicatatkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 21 kes itu, 5 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan 3 warganegara Malaysia dan 2 bukan warganegara.
“Lima kes import itu adalah dari Singapura (1 kes), Australia (1 kes), Filipina (1 kes), Pakistan (1 kes) dan Qatar (1 kes),” katanya.
Tambah Noor Hisham, 16 kes selebihnya ialah penularan dalam negara, 13 kemelibatkan warganegara Malaysia, manakala 3 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara.
“Kes jangkitan dalam negara melibatkan bukan warganegara adalah 1 kes di Johor, iaitu kes daripada kluster Warga Emas Kluang, manakala 2 kes di Pahang daripada kluster Elsa,” katanya.
Bagi kes melibatkan warganegara, 2 kes dicatatkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur daripada kluster PUI Ramnad. Manakala 1 kes daripada kluster PUI Al Khobar.
“Bukan itu sahaja, 1 kes daripada kluster Warga Emas Kluang, 1 kes daripada kluster Elsa dan 8 kes di Sarawak, iaitu daripada kluster Sentosa,” katanya lagi.
Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan 3 pesakit disahkan sembuh. Manakala
161 pesakit kini dirawat di hospital seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 5 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 2 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kematian pula kekal 123 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.

0 Comments