Jangan rebut kuasa ikut pintu belakang


PEMIMPIN
politik di negara ini diingatkan supaya akur dengan mandat rakyat dan tidak bertindak ikut pintu belakang semata-mata mahu mengejar kuasa.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata begitu sebagai merujuk usaha mengkucar-kacirkan Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang sekaligus dilihat usaha menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-8.

Kenyataan Ahli Parlimen Seremban itu dibuat pendedahan Anwar baru-baru ini yang mengaitkan keterlibatan sepupu bekas Perdana Menteri, Hishamuddin Hussein dalam usaha mewujudkan kerajaan baharu tanpa parti Amanah dan DAP.

"Mereka dah kalah, kita diberi mandat untuk tadbir negeri sehingga akhir tempoh mandat.

"Jangan cuba guna jalan belakang untuk jadi anggota kabinet," tegasnya.

Sebagai rekod, HARAPAN memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu, antara janji yang menjadi faktor perubahan tersebut ialah perjanjian untuk mengangkat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim dan diganti Anwar sebagai perdana menteri berikutnya.

selain KEADILAN, kedua-dua parti itu dilihat konsisten kepada konsensus HARAPAN agar Anwar menggantikan Tun Dr Mahathir Mohammad.

Semalam, Majlis Setiausaha HARAPAN menggesa Hishammuddin dan rakan-rakannya menghentikan kempen yang cuba mengetengahkan idea kerajaan tanpa DAP dan Amanah.

Melalui kenyataan ditandatangani empat setiausaha agung komponen HARAPAN, ketuanya Saifuddin Abdullah berkata, kecenderungan kepada politik dan pentadbiran berasaskan kaum adalah “politik usang” yang bercanggah sama sekali dengan politik “inklusif” yang dipelopori HARAPAN.

Hishammuddin bagaimanapun menafikan dakwaan beliau perancang kepada gerakan mewujdukan kerajaan tanpa DAP dan Amanah.

Post a Comment

0 Comments