River Cruise Melaka ditutup sementara


PERKHIDMATAN
bot pelancongan Melaka River Cruise di Sungai Melaka akan ditutup sementara.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Azlan Abidin berkata, penutupan sementara itu adalah rutin tahunan dan ia bagi memberi laluan kerja-kerja penyelenggaraan bot yang digunakan selain penambahbaikan perkhidmatan.

Difahamkan, penutupan operasi sementara itu bakal bermula 14 hingga 16 Januari ini.

"Pada Disember tahun lepas kita menerima kedatangan lebih 139,000 pengunjung hingga menyebabkan penggunaan kesemua bot menjadi kerap dan setiap hari.

"Justeru, penutupan sementara operasi ini bagi membolehkan kami menyelenggara perkhidmatan itu agar pihak kami dapat memberi mutu perkhidmatan lebih baik terutama pada sambutan Tahun Baru Cina nanti," katanya dipetik laporan Bernama.

Sehubungan itu, PPSPM menzahirkan kekesalan atas kesulitan itu dan  menegaskan perkhidmatan River Cruise Melaka akan beroperasi seperti biasa selepas tarikh berkenaan. 

Post a Comment

0 Comments