SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dakwanya mendakwa kerajaan mengamalkan dwi standard.
Ia susulan arahan kerajaan supaya mengarahkan premis yang tersenarai dalam sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) ditutup selama tiga hari.
Bekas Menteri kewangan itu sebelumnya mempersoalkan keputusan untuk membenarkan semua stesen pengangkutan awam dan terminal yang disenaraikan sebagai berpotensi menjadi “hotspot” bawah HIDE kekal dibuka, walaupun premis perniagaan diarahkan tutup.
“Tiada sebab kedai yang tidak mempunyai Covid-19 perlu ditutup, semata-mata kerana ada kes dikesan di kedai berhampiran.
“Muhyiddin Yassin adalah Perdana Menteri terburuk dalam sejarah Malaysia apabila mengarahkan semua lokasi disenaraikan dalam HIDE ditutup serta-merta untuk tiga hari,” kata Guan Eng dalam kenyataan.
Beliau turut menyifatkan kerajaan tidak bertanggungjawab apabila mengeluarkan arahan itu pada saat akhir, tanpa memikirkan kerugian teruk yang pasti dialami perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
![]() |
Guan Eng bidas keputusan mengejut k'jaan |
“Negeri seperti Kelantan, Pulau Pinang dan Sarawak yang sebelum ini zon hijau kini menjadi ‘hotspot’ jangkitan baharu.” katanya.