Pakatan Harapan tubuh 9 jawatankuasa teliti dasar



MAJLIS Setiausaha Pakatan Harapan (HARAPAN) mengumumkan penubuhan sembilan jawatankuasa bagi meneliti dan menyediakan dasar untuk gabungan politik itu.

Perkara itu dimaklumkan melalui kenyataan bersama majlis itu hari ini.

Penubuhan jawatankuasa itu menurut mereka adalah sempena ulang tahun ke-3 kemenangan gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

"Jawatankuasa-jawatankuasa ini bertindak akan meneliti dan menyediakan dasar-dasar Pakatan Harapan.

“Semoga kemenangan pada 9 Mei 2018 menjadi pencetus semangat perubahan dalam HARAPAN bagi menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk pilihan raya umum ke-15 tatkala pandemik reda kelak,” kata mereka. 

Menurut Majlis itu lagi, penubuhan jawatankuasa itu juga perlu setelah
kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikepalai Muhyiddin Yassin dilihat tidak lagi mampu memimpin negara.

"Dari segi politik, kerajaan ini kekal sebagai kerajaan minoriti yang tidak stabil," tegas mereka.

 "Dari segi kesihatan awam, kegagalan kerajaan menangani pandemik COVID-19 semakin ketara jika dilihat lembabnya program vaksinasi dan bersimpang-siurnya arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Akibatnya kesilapan demi kesilapan kerajaan ini menghantui kita: kompaun yang keterlaluan; amalan budaya ‘antara dua darjat’ berleluasa; SOP cacamarba lagi mengelirukan; darurat yang langsung tidak berjaya mengawal penularan pandemik, malah keadaan menjadi semakin kritikal,” tegas mereka.

Kenyataan itu menambah, rakyat mengharapkan satu perubahan besar, namun kelemahan pemerintah tidak bererti HARAPAN  itu sendiri semakin kuat secara automatik.

Untuk rekod,  Majlis Setiausaha HARAPAN dianggotai Setiausaha Agung tiga parti komponen gabungan itu, iaitu Saifuddin Nasution (KEADILAN), Hatta Ramli (Amanah) dan Loke Siew Fook (DAP).

Bagi menyediakan dasar untuk HARAPAN
Sembilan jawatankuasa yang ditubuhkan itu adalah Jawatankuasa Pendidikan yang dianggotai antaranya oleh bekas menteri pendidikan Maszlee Malik dan timbalan beliau Teo Nie Ching.

Lapan lagi jawatankuasa yang diwujudkan adalah jawatankuasa kesihatan yang diketuai bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Jawatankuasa ekonomi, keselamatan,gender, belia, kos sara hidup, perundangan dan mobilisasi.

Berikut senarai jawatankuasa baharu Jawatankuasa itu:

Jawatankuasa Pendidikan
  • Maszlee Malik (Pengerusi), Ahli Parlimen Simpang Renggam
  • Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa
  • Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kulai
  • Datuk Dr Hasan Baharom, Ahli Parlimen Tampin
Jawatankuasa Kesihatan
  • Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Pengerusi), Ahli Parlimen Kuala Selangor
  • Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng
  • Dr Kelvin Yii, Ahli Parlimen Bandar Kuching
  • Datuk Hatta Ramli, Ahli Parlimen Lumut
  • Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru
  • Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi
Jawatankuasa Ekonomi
  • Wong Chen, Ahli Parlimen Subang
  • Tony Pua, Ahli Parlimen Damansara
  • Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor
Jawatankuasa Keselamatan
  • Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Kota Raja
  • Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani
  • Senator Liew Chin Tong
Jawatankuasa Gender
  • Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan
  • Chong Eng, ADUN Padang Lalang
  • Senator Aiman Athirah
Jawatankuasa Belia
  • Akmal Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru
  • Howard Lee, ADUN Pasir Pinji
  • Shazni Munir, Ketua Pemuda Pakatan Harapan
Jawatankuasa Kos Sara Hidup
  • Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang
  • Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat
  • Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen Stampin
Jawatankuasa Perundangan
  • Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Sepang
  • William Leong, Ahli Parlimen Selayang
  • Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor
Jawatankuasa Mobilisasi
  • Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Kota Raja
  • Datuk Seri Shamsul Iskandar, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya
  • Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Post a Comment

0 Comments