JAWATANKUASA Pendidikan Pakatan Harapan (HARAPAN) menggesa Menteri Pendidikan Radzi Jidin dan kedua-dua timbalannya bertindak proaktif dalam menangani isu keciciran pelajar.
Gesaan itu disuarakan jawatankuasa itu melalui satu kenyataan bersama oleh bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan HARAPAN, bekas timbalannya Teo Nie Ching, jurucakap Parlimen KEADILAN mengenai pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Dr Hasan Baharom yang mewakili Parti Amanah.
Antara isu dibangkitkan ialah penutupan sekolah secara pukul rata, masalah peranti dan capaian internet, tiada pelan alternatif untuk menangani keciciran pelajaran, bebanan para guru dan pelajar-pelajar SPM 2021.
“Pelbagai keluhan dan kritikan telah diutarakan melalui media sosial, namun tiada maklum balas yang bertanggungjawab diberikan oleh pihak KPM seperti kebiasaannya,” menurut kenyataan tersebut.
Tambah mereka, pengumuman Kementerian Pendidikan bahawa sekolah akan ditutup dan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan selepas Aidilfitri dibuat tanpa sebarang pendekatan yang lebih kreatif dan di 'luar kotak'.
Malah penutupan sekolah dibuat secara pukul rata tanpa bersandarkan data dan Sains sehingga menjejaskan penyelarasan kerja pentadbiran di sekolah serta Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
"KPM perlu membezakan kawasan hijau dan selamat dari kawasan di zon merah, kuning dan berpotensi.
"Sistem HIDE boleh membantu KPM mengenalpasti sekolah yang sesuai ditutup ataupun tidak.
"Bagi kawasan pedalaman dan luar bandar yang jauh dari jangkitan dan tiada kes serta pergerakan keluar dan masuk, KPM sepatutnya membenarkan sekolah-sekolah terus dibuka, terutama kerana capaian internet tidak mencukupi untuk mereka menjalani PdPR," tegas mereka.
Dalam kenyataan itu juga mereka berkata, keadaan lebih membimbangkan bagi pelajar SPM tahun ini kerana PKP yang dilaksanakan ketika mereka berada di tingkatan 4 dan 5 akan menjejaskan prestasi dan pembelajaran mereka.
"Jika pelajar SPM tahun lalu (2020) hanya terjejas dengan pembelajaran tingkatan 5 sahaja sepanjang tahun 2020, bagi pelajar SPM tahun ini pula, mereka telah kehilangan dua tahun pembelajaran akibat PDPR terbaru ini.
"Maka, penguasaan pelajar-pelajar SPM tahun ini berhubung subjek tingkatan 4 dan 5 amat terjejas dan adalah lemah," kata mereka lagi.
Mereka turut menyuarakan kebimbangan berhubung ketiadaan pendekatan alternatif untuk mengatasi masalah keciciran yang melibatkan isu kemiskinan digital.
“KPM bagaikan mendiamkan diri dan gagal meyakinkan rakyat yang mereka mampu untuk mengatasi masalah Lost Generation ini,” menurut kenyataan itu.
Mereka turut mengingatkan bahawa ibu bapa dan rakyat keseluruhannya merasa bimbang mengenai masa depan negara dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun lagi.
“Apakah kita bakal berdepan dengan kemelut ekonomi, sosial dan jenayah yang kronik, hasil dari keciciran pelajaran anak-anak kita selama dua tahun ini?
“KPM perlu bertanggungjawab dan melakukan tindakan proaktif, radikal dan kolektif berhubung hal ini sebelum terlambat,” tegas mereka.

![]() |
KPM dianggap gagal meyakinkan rakyat |

0 Comments