PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk keras serangan terbaru dilakukan rejim Zionis Israel dan pendatang haram Yahudi ke atas umat Islam di Masjid Al-Aqsa.
Tegasnya, kekejaman rejim itu tidak lagi boleh dibiarkan dan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia, termasuk Malaysia perlu melakukan sesuatu untuk membantu rakyat Palestin.
"Selain daripada mengutuk keras, kita juga harus mendesak kerajaan-kerajaan termasuk Malaysia untuk menyatakan sikap yang lebih tegas dan berbuat sesuatu untuk membantu meringankan beban rakyat di Palestin," katanya menerusi perkongsian di laman Facebook pada Sabtu.
Terdahulu, sekurang-kurangnya 200 rakyat Palestin cedera selepas polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jumaat ketika umat Islam sedang beribadah di Masjid itu.
Dalam insiden disifatkan ganas itu, Jemaah dihalau dari Masjid itu dengan gas pemedih mata, mereka turut ditembak dengan peluru getah.
Anwar yang juga Presiden parti KEADILAN turut menegaskan bahawa sekiranya dunia mengambil tindakan segera dan mengutuk tindakan rejim itu, penindasan terhadap rakyat Palestin akan berterusan.
"Ini hanya membuktikan bahawa kekejaman berterusan kerana dunia lesu dan tidak bicara, tidak berani mempertahankan hak rakyat Palestin sebagai warganegara, untuk mempertahankan rumah dan harta benda mereka," tegasnya.
Beliau turut memetik kata ahli akademik kelahiran Palestin, Edward Wadie Said bahawa permasalahan yang berlaku ketika ini adalah disebabkan 'Politics of Possession' yang menyebabkan hak rakyat Palestin dirampas.
"Apa yang kita nampak di Sheikh Jarrah adalah proses, bukan sahaja diskriminasi aparteid untuk menghakis, kalau boleh menghilangkan sama sekali kehadiran rakyat Palestin di sana," jelasnya.
![]() |
Dunia mesti bersikap tegas terhadap Israel |
Ketua Biro Biro Hal Ehwal Shariah, Ahmad Asri Talib Masjid Al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum di tukar kepada Kaabah di Mekah Al-Mukaramah. Masjid Al Aqsa merupakan salah satu tempat penting yang menjadi saksi perjalanan Isra Miraj yang dilakukan oleh Nabi Muhammad.
0 Comments