TIADA rakyat Malaysia terbabit nahas pesawat milik Ukraine International Airlines yang terhempas di Iran semalam.
Perkara itu disahkan Kementerian Luar Negeri menerusi satu kenyataan pada Rabu.
Melalui kenyataan tersebut, kementerianturut menzahirkan rasa simpati terhadap insiden yang membunuh 176 orang itu.
“Kementerian ingin menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga penumpang serta anak kapal yang kehilangan orang tersayang akibat nahas ini,” kata kenyataan malam ini.
Semalam, pesawat jenis Boeing 737 milik Ukraine International Airlines itu terhempas setelah beberapa minit berlepas dari Lapangan Terbang Imam Khomeini, Iran.
Nahas udara terbaru itu berlaku di saat konflik membabitkan Amerika Syarikat (AS) dan Iran selepas republik melancarkan serangan roket balas dendam terhadap pangkalan tentera AS di Iraq.
AS menyerang satu konvoi dan membunuh komander tertinggi Iran, Qasem Soleimani, dalam serangan dron pada Jumaat lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Pihak berkuasa penerbangan Iran menegaskan tidak akan menyerahkan kotak hitam hitam yang ditemui dari bangkai pesawat itu kepada Amerika atau syarikat pengeluar (Boeing)
Pendirian itu dibuat ketua Organisasi Penerbangan Awam Iran, Ali Abedzadeh yang dipetik agensi berita Mehr.

0 Comments