Lelaki maut terperangkap dalam kebakaran


SEORANG
lelaki dewasa maut dalam kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Taman Bukit Saga, Seksyen 26, Shah Alam.

Mangsa Ahmad Zulhilman Zakaria, 27, ditemukan rentung dalam bilik tidurnya di tingkat atas rumah berkenaan yang terbakar awal pagi tadi. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, dalam kejadian itu adik mangsa, Ahmad Hamizan, 25, yang berada di bilik tidurnya di tingkat bawah rumah pula berjaya menyelamatkan diri dengan keluar menerusi tingkap sebelum meminta bantuan jiran.

"Rumah ini didiami tiga beradik lelaki dewasa dan ibu bapa mereka bekerja di luar negara.

"Siasatan mendapati, adik bongsu mereka, Ahmad Nazmi, 21, tiada di rumah ketika kebakaran dan dimaklumkan dia bermalam di rumah kawannya," jelas Hafisham.
https://t.me/kartelmedia
Difahamkan, rumah dia tingkat itu mengalami kebakaran sehingga 90 peratus, pihak berkuasa bomba sedang menjalankan siasatan berhubung punca kejadian.

Memetik laporan Bernama, seorang jiran mangsa yang enggan dikenali memberitahu, beliau ada mendengar bunyi kaca pecah serta jeritan Ahmad Zulhilman meminta tolong kira-kira pukul 3 pagi dan menganggap rumah mereka dipecah masuk pencuri.

Namun, ketika keluar untuk menjengah rumah jirannya itu, beliau terkejut melihat api sangat marak dan asap yang tebal.

"Ahmad Hamizan datang kepada saya dan beritahu abangnya tak boleh keluar. Beberapa jiran lain pun datang untuk bantu tapi api sangat marak dan haba terlalu panas menyebabkan kami langsung tak boleh dekat (dengan rumah tersebut)," jelas individu tersebut.

Susulan kejadian itu, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk tindakan lanjut.

Post a Comment

0 Comments