JURUCAKAP Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Parlimen bagi pendidikan mencadangkan agar ukuran Garis Kemiskinan (PGK) dibuat secara lebih terperinci dengan mengambil kira perbezaan kriteria mengikut wilayah.
Nik Nazmi Nik Ahmad (HARAPAN-Setiawangsa) berkata langkah itu perlu kerana kos sara hidup ditanggung rakyat adalah berbeza mengikut situasi tertentu.
Cadangan itu dikemuka Nik Nazmi semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam.
"Pendapatan RM3,000 pun cukup makan saja, bukan saja di Kuala Lumpur dan Lembah Klang, tetapi Pulau Pinang, Johor Bahru malah Kuching dan Kota Kinabalu," katanya.
Baru-baru ini, Jabatan Perangkaan mengumumkan PGK telah disemak semula kepada RM2,208 berdasarkan pengiraan yang dibuat mengikut metodologi pada 2019.
Berdasarkan metodologi 2019 itu, lebih 400,000 isi rumah di negara ini didapati berada pada paras kemiskinan.
Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa Putrajaya mencari pendekatan ekonomi sesuai dengan norma baharu untuk mengatasi kemiskinan penduduk.
Jelasnya, Pendemik Covid-19 yang melanda dunia baru-baru ini telah dan akan memberi kesan terhadap golongan pekerja dan akan menyebabkan jumlah pengangguran meningkat.
Anwar mengingatkan kerajaan agar dapat memastikan semua pakej ransangan yang diumumkan supaya dapat sampai ke golongan memerlukan dan ketirisan dana tersebut akan dielakkan.
0 Comments