Anwar malas 'berbalah' dengan Tun M


USAHA
mengambil mengembali mandat rakyat masih terus berjalan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu mengesahkan perkara itu ketika menjawab soalan wartawan sama ada pihaknya masih mengusahakan peralihan pentadbiran kerajaan sebelum PRU.

Walau bagaimanapun dalam masa sama kata Anwar pihaknya sedang mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
 
“Kita lakukan kedua-duanya. Jentera pilihan raya DAP, KEADILAN, dan Amanah sudah bermesyuarat dan menyusun strategi mengikut keutamaan kami dan pada masa sama, kami teruskan usaha kami,” katanya pada sidang media selepas program di ibu negara baru-baru ini.

Sementara itu, ketika ditanyakan apakah beliau masih sedia bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dilihat sering menyerang beliau melalui kenyataan-kenyataanya, Anwar menegaskan bahawa beliau tdak mahu berbalah dengan ahli politik veteran berusia 95 tahun itu.

“Tidak apalah, apa yang hendak disibukkan dengan kenyataan Mahathir itu, minggu hadapan mungkin dia tukar lagi.”

"Dia terangkan mengenai kehebatan dia. Kita tahu (pada) 2013, semasa Mahathir dan rakan-rakan Pejuang di sebelah sana bersama Barisan Nasional, kita juga berjaya raih 52% sokongan rakyat,” katanya, merujuk kepada kenyataan Dr Mahathir bahawa HARAPAN tidak akan mampu menarik sokongan Melayu sekiranya gabungan itu menyisihkannya.

Mengulas lanjut mengenai gesaan supaya HARAPAN bekerjasama dengan parti Pejuang yang dipimpin Mahathir, Anwar menegaskan walaupun bersetuju dengan pendapat dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan bahawa pembangkang harus menggabungkan kekuatannya, namun tidak mahu terbeban dengan “pihak yang mengatakan Malaysia untuk Melayu.”

“Kita ambil sikap terbuka, mana-mana parti yang terima dasar tatakelola yang baik, tidak amalkan kronisme, kita setuju. Saya setuju bukan dengan orang atau parti tetapi prinsipnya,

“Kita mewakili pandangan untuk ajak dan rangkul kekuatan buat semua,” katanya.

 Usaha kembalikan mandat terus berjalan
Sebagai rekod, Mahathir baru-baru ini menyerang Anwar dengan mendakwa tokoh reformasi itu tidak sesuai memimpin negara dan tidak boleh dipercayai.

Kenyataan itu dibuat selepas Anwar memberi syarat Mahathir tidak membawa agenda peribadinya sekiranya mahu menyertai gabungan besar pembangkang.


Post a Comment

0 Comments