Kini masa jelmakan perubahan didambakan rakyat - Anwar



DATUK SERI Anwar Ibrahim menyatakan komitmen untuk menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dengan meletakkan kepentingan dan hak rakyat sebagai tunggak utama dibawah pentadbirannya.

Komitmen tersebut dinyatakan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu menerusi hantaran di Facebooknya sebagai mengulas perjalanan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 semalam.

Dalam hantaran itu, Anwar melahirkan rasa syukur selepas secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tambun di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul.

"Alhamdulillah, secara rasminya telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tambun di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang bermula hari ini sehingga esok (Selasa).

"Kami (wakil rakyat) akan bekerja sesungguhnya dengan menjunjung peranan institusi Parlimen dan mempertahankan Perlembagaan,” kata Ahli Parlimen Tambun itu dalam hantaran tersebut.

Di Dewan Rakyat semalam, Anwar mengetuai 222 anggota Dewan Rakyat mengangkat sumpah secara individu di hadapan Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat.

Beliau kemudian membuktikan keabsahan sokongan dimilikinya melalui usul undi percaya dibawakan Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof.

Kepentingan rakyat jadi tunggak utama k'jaan


"Kerajaan telah membawa satu Usul Percaya kepada Perdana Menteri dan berjaya membuktikan keabsahan dukungan majoriti di Dewan Rakyat.


"Terima kasih dan penghargaan atas kepercayaan dan sokongan yang jelas dan tegas.

"Kini masa untuk bekerja dan menjelmakan perubahan yang didambakan rakyat," katanya dalam satu kenyataan lain.

Post a Comment

0 Comments