PENDUDUK Parlimen Pandan kini berpeluang mengutarakan isu atau masalah yang timbul di kawasan mereka secara terbuka terus kepada wakil rakyatnya, Rafizi Ramli.
Ia susulan hasrat Timbalan Presiden KEADILAN itu yang mahu mengadakan program townhall secara berkala setiap tiga bulan sekali sebagai usaha meningkatkan ketelusan urusan Pusat Khidmat Parlimennya.
Katanya, program pertama akan diadakan pada 6 Januari, program julung kali itu akan memfokuskan kepada penilaian cadangan melibatkan aspek pemberian bantuan, pelaksanaan projek infrastruktur kecil dan perkara-perkara lain.
“Townhall suku pertama setiap tahun penting untuk menjemput pemegang taruh (stakeholders) di Pandan daripada kumpulan penduduk, persatuan.
“Kami akan menilai cadangan-cadangan (baik permohonan bantuan, projek infrastruktur kecil dan lain-lain) yang dibawa oleh penduduk untuk diperuntukkan mengikut peraturan supaya penduduk berpeluang mendapat kebaikan dari duit cukai rakyat.
“Saya berharap amalan ini dapat membantu saya menjalankan amanah dengan lebih berkesan, dan orang ramai pula boleh mendapat maklumat mengenai jumlah peruntukan tahunan yang boleh dikemukakan kepada Pusat Khidmat Parlimen Pandan,” kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dipetik laporan Sinar.
![]() |
Beri peluang untuk rakyat kemuka isu setempat |
“Forum terbuka ini juga akan disiarkan secara digital melalui Facebook dan platform lain,” jelasnya.
Mengakui khidmat seorang wakil rakyat akan sentiasa ada kekurangan, Rafizi menyatakan kesediaan untuk menerima teguran dan pandangan semua pihak terutama penduduk setempat bagi mengatasinya kelemahan itu.
0 Comments