#CodeBlackMy: Putrajaya digesa selesai isu pekerja kesihatan


PUTRAJAYA digesa segera menyelesaikan masalah kontrak dalam kalangan pekerja kesihatan di seluruh negara termasuk doktor, ahli farmasi dan lain-lain jawatan.

Melalui satu kenyataan, Jawatankuasa Kesihatan Pakatan Harapan (HARAPAN) menegaskan bahawa langkah itu penting bagi menjamin kestabilan jangka panjang sektor perubatan negara.

Tambah mereka, Pandemik Covid-19 telah membuktikan betapa pentingnya  pembaharuan radikal dan meningkatkan peruntukkan sistem kesihatan bukan sahaja dari segi infrastruktur tetapi juga tenaga kerja untuk menjamin khidmat kesihatan terbaik di seluruh negara.

"Kita sentiasa memerlukan doktor dan pekerja kesihatan dan jumlah dalam negara jelas tidak mencukupi. Walaupun nisbah doktor kepada rakyat adalah pada 1:454, ia masih tidak cukup dan kalau kita lihat secara lebih terperinci, penempatan perkerja kesihatan adalah tidak sekata – ramai tertumpu di kawasan bandar dan kita ada kekurangan di kawasan luar bandar. Berdasarkan rekod yang ada sejak 2016, hanya 789 atau 3.4 peratus pegawai dilantik secara tetap, manakala selebihnya berkhidmat secara kontrak.

"Oleh itu, tawaran terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melanjutkan lantikan doktor kontrak sehingga Disember 2022 bukan jalan penyelesaian yang selari dengan kepentingan jangka panjang sektor perubatan negara.

"Ia tidak akan selesaikan masalah doktor kontrak sekiranyanya tidak ada tindakan susulan," tegas mereka.

Sehubungan itu jawatankuasa itu mahu KKM memastikan proses penilaian dan pemilihan doktor kontrak untuk lantikan tetap dibuat dengan adil, telus dan berdasarkan merit.

“Kriteria untuk lantikan tetap juga haruslah dijelaskan secara terperinci dan telus untuk kebaikan pekerja kesihatan bagi mengurangkan persepsi ketidakadilan yang mungkin berlaku semasa proses pemilihan lantikan tetap.

"Doktor kontrak harus diberi peluang sama seperti doktor lantikan tetap untuk menerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan menyertai program Master of Medicine atau “parallel pathways”.

“Ini dapat dilakukan melalui satu keputusan Kabinet dan perubahan polisi dalaman. Doktor kontrak yang terima HLP juga harus diberi lantikan kontrak yang panjang sehingga melengkapi program latihan pakar dan seterusnya memenuhi kewajiban kontrak di bawah HLP,” kata mereka lagi.

Dalam kenyataan sama, jawatankuasa itu juga berharap pekerja kesihatan kontrak diberikan layanan yang adil dan saksama seperti pekerja kesihatan lantikan tetap terutama dalam isu gaji, cuti tugas khas dan lain-lain.

 Putrajaya perlu selesaikan isu doktor kontrak
Ini kerana golongan itu jelas mereka mempunyai tanggungjawab dan beban kerja yang sama serta menghadapi risiko jangkitan yang sama di tempat kerja.

Difahamkan, sistem doktor kontrak diperkenalkan pada 2016 sebagai langkah sementara untuk penempatan doktor pelatih sehingga mereka tamat tempoh khidmat wajib.

Setakat ini, seramai 23,000 doktor kontrak diambil berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan sebahagian kecil, iaitu 789 orang daripada mereka diberi lantikan tetap

Post a Comment

0 Comments