Ismail Sabri digesa segera semak SOP 'tak masuk akal'


ISMAIL  Sabri Yaakob yang baru dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri digesa menyemak kembali beberapa prosedur operasi standard (SOP) “tidak masuk akal” yang dikuatkuasakan dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata, semakan itu perlu dilakukan 'sesegera' mungkin bagi membuktikan pelantikannya hanyalah “wayang politik semata-mata”.

“Hanya kerajaan zalim dan tidak bertanggungjawab sahaja yang akan menunggu dan tidak melakukan apa-apa sedangkan apa yang diperlukan hanyalah satu mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri untuk memberikan bantuan kepada rakyat,” katanya dipetik.

Antara SOP tidak masuk akal itu menurut Hannah adalah melibatkan kedai alat tulis, pasar pagi dan perkhidmatan kesihatan dan kedai gunting rambut.

Beliau menyifatkan semua perkhidmatan itu sebagai perlu sepanjang PKP 3.0 dikuatkuasakan.

Mengambil contoh kedai alat tulis, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata ia perlu dibuka memandangkan kerajaan mahu rakyat bekerja dari rumah dan pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian.

“Buku tidak jatuh dari langit dan kertas tidak terbang melayang. SOP yang membingungkan ini menimbulkan kesulitan kepada mereka yang terpaksa bergerak dari satu kedai ke kedai hanya untuk membuat salinan, mencetak atau membukukan dokumen.

“Terdapat pelajar mata pelajaran seni dan pelbagai mata pelajaran lain untuk kelas dalam talian. Bagaimana mereka boleh belajar dengan berkesan tanpa peralatan yang mencukupi?” soalnya.

Bagi operasi pasar pagi pula, Hannah berkata keputusan menutup perniagaan itu hanya menyusahkan orang ramai yang akhirnya terpaksa bersesak di pasar raya tertutup yang memungkinkan lagi penularan wabak Covid-19.

“Saya mahu membangkitkan kes pasar pagi Taman Kok Doh di kawasan Parlimen saya yang mempunyai ramai pelanggan golongan warga emas setiap pagi.

“Arahan penutupan perniagaan sepanjang ‘lockdown’ memaksa mereka membeli di pasar raya besar yang terletak dalam kawasan Parlimen yang lain dan menyebabkan kos perjalanan bertambah serta persekitaran yang kurang selamat kerana ia adalah pasar raya yang tertutup," jelasnya.

Ismail perlu segera kaji SOP tak masuk ak


Beliau juga keliru dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pusat kesihatan seperti pengamal kiropraktik yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP 3.0, sementara perkhidmatan ahli fisioterapi dibenarkan.


Dengan sekatan berpanjangan, beliau turut berkata rakyat kini berada dalam keadaan tertekan dan sudah kehabisan kehabisan wang simpanan mereka dan tidak lagi mampu membayar sewa rumah atau bil utiliti.


Post a Comment

0 Comments