PENGGUNAAN rokok elektronik sebagai terapi berhenti merokok hampir dua kali lebih berkesan berbanding patch dan gla-gula getah penggantian nikotin.
Demikian laporan portal theguardian yang memetik kajian Profesor Peter Hajek dari Queen Mary University of London.
Ketika kerajaan Malaysia dilihat cuba megharamkan cecair rokok elektronik di negara ini, Kajian terbahru yang dilakukan di United Kingdom (UK) itu kini dianggap sebagai satu titik penting oleh pakar-pakar dalam kesihatan awam di negara itu.
Mereka, pakar perubatan percaya rokok elektronik sangat berkesan dalam membantu menurunkan kadar merokok
"Prof Peter Hajek dari Queen Mary University of London mengetuai percubaan rawak terkawal untuk menentukan sama ada rokok elektronik adalah lebih baik untuk berhenti merokok berbanding terapi penggantian nikotin.
"Perokok kebanyakannya berusia pertengahan telah secara rawak diberi kit pemula e-rokok atau terapi gantian nikotin seperti tampalan, semburan atau gula-gula getah.
"Pada akhir tahun ini, 18% daripada pengguna rokok elektronik tidak lagi merokok, berbanding dengan hampir 10% yang lain," kata laporan tersebut.
Difahamkan, kajian melibatkan hampir 900 perokok tegar ini adalah percubaan pertama untuk membandingkan bantuan berhenti merokok dengan menggunakan rokok e-elekrtonik yang tidak dilesenkan sebagai perubatan.
Tambah kajian itu lagi, sukarelawan yang mengalami masalah awal ketika cuba menyerah, seperti kerengsaan dan ketidakmampuan untuk menumpukan perhatian, lebih rendah di kalangan menggunakan e-rokok.
Manakala pengguna terapi penggantian nikotin melaporkan lebih banyak mengalami kerengsaan.
"Sekarang aspek positif yang kita tahu dari kajian terapi penggantian nikotin ialah sesetengah perokok tegar memerlukan 'kruk' untuk lebih lama untuk melindungi mereka daripada berulang," tegasnya.
Sebagai rekod, pihak kesihatan Awam England dan banyak saintis Inggeris yang terlibat dalam penyelidikan tembakau telah menyokong potensi rokok elektronik untuk membantu orang ramai berhenti.
Kajian julung kali ini menunjukkan bahawa bertukar kepada rokok elektronik boleh menjadi salah satu cara yang paling berkesan untuk berhenti merokok.
"Semua perkhidmatan berhenti merokok harus mengalu-alukan perokok yang ingin berhenti dengan bantuan rokok elektronik, "kata Martin Dockrell, ketua kawalan tembakau di Public Health England. - KARTELmedia.my
0 Comments