Anwar simpati pada Tengku Zafrul


KETUA Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Tengku Zafrul Abdul Aziz membatalkan peruntukan Belanjawan 2021 bagi penubuhan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Ketika perbahasannya bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 dalam Dewan Rakyat semalam, Anwar  menyifatkan peruntukan itu 'terpaksa' diletakkan oleh Tengku Zafrul dalam Belanjawan 2021 dibentangkan Jumaat lalu.

Tegasnya, beliau  turut menyatakan rasa simpati terhadap bekas Ahli Perbankan itu yang menurutnya terpaksa menjawab kritikan ramai berhubung peruntukan untuk badan propaganda kerajaan itu.

“(Peruntukan Jasa) yang dimasukkan dan peruntukan KPKT 8.6 juta ini, saya sebenarnya simpati dengan menteri kewangan kerana dia bukan orang politik.

"Orang masukkan, jadi di menteri kewangan tulis saja.

“Saya nak beritahu menteri kewangan bila jadi macam ini, yang kena jawab menteri kewangan. Jadi sebagai sahabat yang simpati, batalkan sajalah,” katanya.

Anwar gesa batal peruntukan JASA dan PeKT
Anwar sebelumnya menjawab celahan dari Fahmi Fadzil (HARAPAN-Lembah Pantai) yang meminta agar peruntukan untuk JASA dan sebuah NGO yang dikaitkan dengan parti politik diberikan semula kepada 'barisan hadapan' selain daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Anwar ketika mengulas itu itu turut menggesa peruntukan untuk Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) itu dibatalkan.

Pentadbiran Muhyiddin sebelum ini dikritik kerana dilihat cuba menghidupkan semula badan propaganda itu, yang dimansuhkan ketika era pemerintahan Pakatan Harapan.
 

Post a Comment

0 Comments