SEORANG ahli perniagaan membuat laporan polis bagi menggesa siasatan dibuat susulan dakwaan Najib Razak diberikan layanan istimewa sepanjang tempoh tahanan penjara.
Sheikh Fahmi Sheikh Jaafar dipetik laporan media berkata, jika benar dakwaan bekas Presiden Umno itu diberi layanan yang tidak sama seperti banduan lain, polis perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.
“Kalau tidak benar juga kena ambil tindakan kepada pembuat cerita, kerana itu juga bahaya menuduh pihak kesihatan dan menteri,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya semalam.
Terdahulu tular dakwaan bahawa Najib di bawah nama kod “Merpati”, menerima rawatan VVIP dalam penjara.
Dakwaan itu termasuk pengubahsuaian akan dilakukan di sel penjaranya bernilai RM50,000, manakala doktor peribadinya didakwa mendesak rawatan luar untuknya diberikan walaupun pegawai penjara mendapati dia sihat.
Khabar khabar angin itu juga mendakwa Najib, yang diberi nama kod rahsia, akan dipindahkan ke HRC bagi membolehkan lebih banyak akses kepada pengunjung dan kemudahan VVIP.
Pada Rabu, Jabatan Penjara mengesahkan Najib sedang dirawat di hospital Rehabilitasi Cheras
Dua minggu lalu, dia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) atas alasan perut - yang menurut keluarganya disebabkan tekanan.
Dia kemudiannya dibenarkan keluar tetapi dimasukkan semula ke HKL minggu lalu selepas sekali lagi mengadu sakit, kali ini akibat masalah tekanan darah, sebelum dipindahkan ke HRC.
Semalam HRC menjelaskan bahawa Najib kini dalam keadaan baik dan telah diberikan perlepasan perubatan bagi membenarkannya dihantar semula ke Penjara Kajang.
Sheikh Fahmi kepada media turut memberitahu bahawa beliau juga tidak berpuas hati dengan layanan diberikan kepada Najib memandangkan ibu mertuanya yang sebelum ini ingin mendapatkan rawatan HRC ditolak.
“Kenapa begitu susah bagi ibu mertua saya yang sakit, sedangkan begitu senang banduan boleh masuk HRC. Malah saya rasa bukan mak mertua saya seorang dinafikan, orang lain pun sama.Siasat dakwaan Najib dapat layanan istimewa
“Kita ada 70,000 banduan, adakah mereka semua dapat layanan yang sama dengan Najib?,” soalnya.
0 Comments