Selangor adakan simulasi, tambah peruntukan hadapi banjir

 


KERAJAAN Selangor dipimpin KEADILAN dilapor akan mengadakan latihan simulasi bencana banjir selama dua hari bermula minggu hadapan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran Facebooknya.

Difahamkan simulasi itu akan menumpukan usaha kepada penambahbaikan operasi mencari dan menyelamat sekiranya bencana banjir besar seperti berlaku pada Disember tahun lalu yang mengorbankan 20 nyawa di Selangor itu berulang.

Dalam hantarannya juga, Amirudin turut berkata, beliau akan mengumumkan peruntukan khas bagi menambah peralatan seperti bot, jentera dan petugas dalam persiapan menghadapi bencana itu.

“Keutamaan Kerajaan Negeri ketika ini adalah bagi memastikan nyawa dan kebajikan rakyat Selangor dipelihara. Kita akan berikhtiar semampunya, semoga Allah SWT memberkati usaha kita. Insya-Allah,” katanya.
 
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor pada 21 September lalu mengenal pasti 52 kawasan 'hotspot' banjir selain 307 kawasan berisiko banjir di negeri ini.

Selangor laksana usaha proaktif hadapi banjir
Semua kawasan itu terletak di lapan daerah iaitu Klang, Petaling, Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Menerusi grafik kawasan berisiko banjir dan hotspot bagi persediaan air pasang besar dan Monsun Timur Laut dikeluarkan baru-baru ini, kawasan berisiko berkenaan ditentukan berdasarkan kekerapan kejadian bencana banjir sebelum ini.

Post a Comment

0 Comments