'Saya tidur atas simen masa dalam penjara', Anwar jawab penyokong Najib


AHLI PARLIMEN Port Dickson, Anwar Ibrahim menafikan dakwaan penyokong Najib bahawa beliau pernah menerima layanan VIP semasa dalam penjara.

Bercakap pada sidang media di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) di Bangkok semalam, Ketua Pembangkang itu menasihatkan penyokong Najib supaya tidak membandingkan pemenjaraannya dengan Najib Razak bagi mewajarkan tindakan kerajaan menghantar Ahli Parlimen Pekan itu ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).

Anwar menjelaskan beliau dibenar mendapat rawatan pakar selepas menjalani pembedahan besar di bahu. Malah dihantar menerima rawatan di HRC setelah menjalani hukuman 10 tahun di penjara terasing (solitary confinement).

“Jadi, jangan bandingkan (apa yang dialami Najib) dengan apa yang dialami Anwar.

"Sekiranya, beliau mahu dilayan sama, beliau perlu menjalani hukuman penjara 10 tahun dulu..kemudian baharu dibawa ke pusat rehabilitasi,” katanya dipetik.

Najib dihantar ke Penjara Kajang pada 23 Ogos lalu bagi menjalani hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Dia juga dikenakan denda RM210 juta.

Beberapa hari selepas itu dia dilaporkan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan berkaitan tekanan darah tinggi dan ulser.

Pada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu laporan berkata, Najib dimasukkan ke HKL pada 9 September sebagai kes elektif (bukan kecemasan) bagi memastikan kesihatan beliau berada pada tahap baik dan optimum.

Dia berada dalam keadaan sihat ketika dibenarkan keluar dari pusat rawatan itu.

Pada 19 September pula Jabatan Penjara memaklumkan Najib telah dirujuk ke HRC untuk rawatan dan pemantauan lanjutan hingga kini.

Sebelum ini banyak pihak mempersoalkan dakwaan yang tular di media sosial bahawa Najib – yang dirujuk dengan nama kod Merpati – di media sosial mendapat layanan istimewa semasa dalam penjara.

Dakwaan itu antaranya melibatkan pengubahsuaian ruang penjara untuk Najib dan rancangan untuk membawa dia ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) bagi memudahkannya menerima tetamu dan mendapat kemudahan orang kenamaan (VIP).

Sementara itu Anwar berkata ketika dipenjara, beliau hanya tidur di lantai simen berminggu-minggu sebelum doktor menasihatkan bahawa beliau sepatutnya diberikan katil susulan keadaan tulang belakang.

Anwar berdepan situasi tak selesa dalam penjara


Anwar beberapa kali dimasukkan ke penjara, penykongnya mendakwa ia adalah konspirasi bagi membunuh karier politik bekas menteri kewangan terbaik Asia itu.


Sementara itu Anwar mengakui beliau tidak ada isu dengan pemindakan Najib ke hospital rehabilitasi sekiranya doktor boleh menjelaskan keadaan dialami Najib dan beliau benar-benar tidak sihat.

Post a Comment

0 Comments