Kecewa peruntukan tahfiz lebih rendah berbanding era HARAPAN


SEORANG pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) kecewa apabila sekolah agama dan tahfiz hanya diperuntukan dana yang terlalu kecil melalui belanjawan 2021 oleh kerajaan Perikatan Nasional.

Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, sikap kerajaan yang hanya memperuntuka RM29 juta untuk institusi pendidikan agama itu berbanding RM85 untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) jelas memberi gambaran kerajaan tidak serius dalam memperkasa dan memperbaiki institusi tahfiz yang kebanyakannya berada dalam keadaan daif dan membahayakan pelajar.

“Belanjawan terbesar dalam sejarah negara ini membawa banyak kekecewaan dari kerajaan yang menjanjikan pembelaan terhadap Melayu Islam. Rakyat mengharapkan pemerkasaan institusi agama yang memerlukan pembelaan seperti pusat tahfiz dan sekolah agama.

“Peruntukan RM29 juta untuk pusat tahfiz dan sekolah pondok amatlah mengecewakan, apatah lagi ia datang dari kerajaan yang mengakui diri mereka kerajaan membela Islam – Melayu,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengerusi Amanah Terengganu itu turut membandingkan situasi berbeza ketika Pakatan Harapan (HARAPAN) memerintah sebelum ini. Sebagai rekod, ketika itu HARAPAN peruntukan RM100 juta untuk sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan sekolah pondok.  

Sehubungan itu bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berharap kerajaan mengambil berat isu berkenaan dan mengembalikan status pusat tahfiz dan pondok sekurang-kurangnya ke tahap ketika pemerintahan kerajaan HARAPAN.

Raja Kamarul bahrin kecewa peruntukan kecil


“Dengan peruntukan makin berkurangan, ia akan menjejaskan keperluan penyelenggaraan sistem keselamatan di pusat tahfiz dan pondok bagi mengurangkan risiko kebakaran sekaligus menjejaskan mutu serta perkembangan institusi ini,” katanya

Post a Comment

0 Comments