PKPB tak selesai masalah Covid, kata kumpulan perubatan


TIADA
keperluan untuk Putrajaya melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di hampir semua negeri di Semenanjung, kata dua kumpulan perubatan.

Akademi Perubatan Malaysia (AMM) serta Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosia lberkata, PKPB tidak akan menyelesaikan krisis Covid-19  sebaliknya hanya mampu mengurangkan kes buat sementara.

AMM berkata, pihaknya bingung dengan keputusan kerajaan melaksana PKPB di hampir semua negeri kerana tiada tanda menunjukkan berlaku lonjakan kes di luar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Malah di Pulau Pinang, banyak kes baru dalam beberapa minggu lalu berlaku di penjara dan jumlah kes komuniti secara relatifnya kecil, yang boleh ditangani dengan melakukan pengesanan, ujian dan pengasingan secara agresif.

“Kami meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan menjelaskan sains di sebalik keputusan mengenakan PKPB secara meluas yang akan memberi kesan buruk terhadap kehidupan ramai.” katanya dipetik laporan FMT.

Lembah Klang pula jelasnya mempunyai kapasiti cukup untuk menangani kes baru Covid-19, yang bermakna sekatan pergerakan tidak diperlukan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini mengumumkan PKPB selama sebulan sehingga 6 Disember di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

Kerajaan memberi alasan keputusan itu dibuat susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri terbabit.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Parlimen semalam menggesa kerajaan mendedahkan secara telus data berkaitan Covid-19. tegasnya rakyat kini mula mempertikai tindakan pelaksanaan PKPB yang dikuatkuasa kerajaan.

BACA:
Anwar gesa K'jaan dedah Covid kerana rakyat pertikai


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Khalib berkata, walaupun perlu menekan butang panik, langkah seperti PKPB hanya bertujuan menangani penularan penyakit berjangkit dalam sempadan kawasan ditentukan, bukannya meliputi beberapa negeri.

“PKP adalah instrumen tumpul dan langkah sementara terbaik. Ia bukan penyelesaian. Ia bukan tongkat sakti untuk penularan penyakit jenis ini dan ia tidak boleh dilaksanakan terlalu lama atau ia akan merosakkan ekonomi tempatan serta kehidupan.” katanya.

PKPB tak mampu tangani Covid-19
Tambahnya lagi, tiada gunanya penutupan separa atau tidak, kecuali rakyat memahami kepentingan amalan selamat seperti memakai memakai pelitup muka dan mencuci tangan.

Selain itu Azrul berkata, melalui PKPB mungkin akan menyebabkan penurunan jumlah kes baru, tetapi beliau meramalkan lonjakan kes akan berulang melainkan rakyat, terutamanya ahli politik dan penjawat awam, mematuhi SOP.

Post a Comment

0 Comments