NGO anti- rasuah pertikai belanjawan PN


BEBERAPA perkara dalam belanjawan yang dibentangkan kerajaan dikritik sebuah NGO anti-rasuah. ia termasuk dalam isu dana RM150 juta bagi pembelian komputer riba untuk pelajar di 500 sekolah.

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) dipetik laporan sebuah portal berkata timbul keraguan terhadap rancangan Putrajaya meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyumbang kepada dana Cerdik sebanyak RM150 untuk tujuan pembelian komputer riba bagi 150,000 pelajar di 500 sekolah di bawah seliaan Yayasan Hasanah.

Ini kerana jelas mereka pulangan tahunan Yayasan Hasanah tidak tersedia untuk rujukan umum, sehingga sukar untuk menyemak berapa banyakkah daripada peruntukan yang digunakan untuk tujuan amal.

“Jelas perlu ada usaha untuk menjejaki wang dan audit secara telus, terutama dalam soal dana pembayar cukai.

“Apakah tujuannya sebuah yayasan menyelia projek ini sedangkan Kementerian Pendidikan (KPM) sepatutnya lebih tahu tentang sekolah yang memerlukan komputer riba, selain mampu mengagihkannya mengikut kesesuaian?” soal mereka.

C4 turut mendesak pentadbiran Perikatan Nasional (PN) bersikap telus dalam penggunaan dana tersebut. mereka perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas proses pelaksanaan belanjawan.

Sementara itu, mereka mempersoalkan apakah perolehan dibuat melalui proses tender terbuka. Ketiadaan tender terbuka tambah mereka boleh membawa kepada salah guna dana.

C4 gesa kerajaan PN bersikap telus
"Projek mungkin diserahkan kepada syarikat yang tidak sesuai. Contohnya termasuklah bagaimana beberapa syarikat diberi kontrak untuk menyediakan peralatan kepada kerajaan dalam memerangi Covid-19.

“Syarikat terbabit tidak mempunyai pengalaman dalam mengeluarkan peralatan seperti itu, tetapi sebaliknya dikaitkan dengan pegawai berpangkat tinggi.” tambah mereka lagi.
 
Pada Jumaat, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz membentangkan belanjawan tahunan pertama untuk kerajaan PN selepas mengambil alih Putrajaya pada Mac tahun ini.

Sebanyak RM322.5 bilion diperuntukkan dalam Belanjawan 2021, iaitu kira-kira RM7.8 bilion lebih banyak berbanding belanjawan sebelum ini sebanyak RM314.7 bilion.
 
“C4 menggesa pentadbiran PN agar lebih bertanggungjawab, bukan sahaja berhubung peruntukan dana negara, tetapi juga proses penggunaannya sewaktu belanjawan dilaksanakan.” tambah mereka lagi.

Post a Comment

0 Comments