DUA individu dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di sebuah villa di Tambun, Ipoh, awal pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan bahawa mereka menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 1.28 pagi.
Mangsa membabitkan seorang lelaki berusia 39 tahun dan wanita dipercayai pasangannya berusia 32 tahun.
Menurut kenyataan awal JBPM Perak, setibanya mereka di tempat kejadian didapati terdapat tanah runtuh dan dipercayai terdapat dua mangsa tertimbus.
"Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia ( STORM) telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk mengesan kedudukan sebenar mangsa.
"Usaha mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan," kata jurucakap itu.
Difahamkan, hujan berpanjangan yang turun malam tadi menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan Banjaran Hot Spring berkenaan.
Sementara itu di Taiping, seramai 48 orang dari 10 keluarga di Batu 7, Kampung Changkat Baru, Matang dekat sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila rumah mereka dilanda banjir.
Mereka terdiri daripada 15 lelaki dewasa, 17 wanita dewasa dan masing-masing lapan kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Kesemua mangsa telah dipindahkan ke PPS di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim Al-Baraqah, Taiping dan diserahkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Keadaan banjir dilaporkan mulai surut.
Bagaimanapun, keadaan banjir dilapor mula surut.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan bahawa mereka menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 1.28 pagi.
Mangsa membabitkan seorang lelaki berusia 39 tahun dan wanita dipercayai pasangannya berusia 32 tahun.
Menurut kenyataan awal JBPM Perak, setibanya mereka di tempat kejadian didapati terdapat tanah runtuh dan dipercayai terdapat dua mangsa tertimbus.
"Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia ( STORM) telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk mengesan kedudukan sebenar mangsa.
"Usaha mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan," kata jurucakap itu.
Difahamkan, hujan berpanjangan yang turun malam tadi menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan Banjaran Hot Spring berkenaan.
Pihak bomba sedang mengeluarkan mangsa |

0 Comments