'Mageran' idea Mahathir nak halang Anwar - AMK


TINDAKAN bekas Pengerusi Parti Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Majlis Gerakan Negara (Mageran) ditubuhkan bagi mengambil alih pentadbiran negara dikritik.

Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Thiban Subramaniam turut mempersoalkan kewajaran ahli parlimen Langkawi mencadangkan Mageran, memandangkan ia dilihat sebagai langkah ke belakang dan hanya memberi kesan buruk kepada negara.

Dalam satu kenyataan tegasnya tindakan Mahathir itu hanya menunjukkan hasratnya untuk kembali berkuasa.

“Tindakan beliau hari ini (semalam) mencadangkan Mageran kepada Tuanku jelas menunjukkan bahawa beliau bersungguh-sungguh untuk kembali berkuasa dengan apa jua cara pun.

“Beliau bukan nyanyuk, ini adalah strategi beliau untuk pastikan kerajaan tidak bertukar khususnya (Presiden KEADILAN) Anwar Ibrahim tidak diangkat sebagai perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan.

Beberapa portal media memetik sidang media Mahathir semalam yang berkata beliau telah mencadangkan dirinya untuk memimpin dan mempengerusikan Mageran.  

Sebagai rekod, Pakatan Harapan (HARAPAN) melalui satu kenyataan media oleh Majlis Presiden gabungan itu menolak penubuhan Mageran. Pandangans erupa turut dinyatakan pemimpin Umno.

Mereka mencadangkan agar proklamasi darurat ditamatkan dengan kadar segera dan Parlimen kembali dibuka untuk persidangan.

 AMK bidas cadangan dikemuka Mahathir
Sementara itu, Thiban berkata kenyataan Mahathir bahawa Anwar menelefonnya berhubung krisis semasa tetapi tiada penyelesaian, merupakan tindakan pemimpin Pejuang itu untuk memperlekehkan ahli parlimen Port Dickson.

“Ia diketahui umum bahawa menjadi kebiasaan kepada Tun M untuk terus perlekeh segala usaha Anwar Ibrahim dalam arena politik selama ini.

“Dendam kesumat beliau tidak pernah terpadam,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments