SERAMAI 112 calon sah bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan dilangsungkan 20 November ini.
Dalam PRN ini seramai 16 calon wanita bakal bertanding merebut kerusi dipertandingkan.
Julat umur paling ramai calon adalah antara 50 – 59 tahun iaitu seramai 36 orang dikuti 40 – 49 tahun seramai 35 orang dan calon muda (21-29 tahun) adalah seramai sembilan orang.
Calon tertua adalah berumur 68 tahun iaitu di Pengkalan Batu manakala calon termuda adalah berumur 21 tahun iaitu, Farzana Hayani Mohd Nasir.
Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam serta memiliki Diploma Komunikasi dan Pengajian Media dari UiTM Kampus Rembau itu akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai.
Sementara itu, hampir kesemua calon dari ketiga-tiga kumpulan parti utama iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan bertembung antara satu sama lain dalam pilihan raya ini di samping calon-calon lain.
Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh memaklumkan, akan berlaku bertembung tiga penjuru di 11 DUN, 4 penjuru di sembilan DUN, lima penjuru di lima Dun dan enam penjuru di tiga DUN.
Selain ketiga-tiga parti utama itu, Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra) akan bertanding di lima kerusi, Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) satu kerusi dan Bebas 22 calon yang menjadi 112 calon yang akan bertanding dalam PRN Melaka kali ini.
Apakah mandat akan pulang kepada HARAPAN? |
Sebanyak 28 pusat penamaan calon dan 28 pusat penjumlahan rasmi undi akan digunakan pada PRN kali ini.
0 Comments