JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)sekali lagi mengeluarkan amaran cuaca buruk di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
MetMalaysia dalam satu kenyataan petang ini memberitahu, hujan lebat dijangka berterusan di Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan; Hulu Terengganu di Terengganu dan Rompin di Pahang.
Manakala di kawasan Jerantut, Kuantan, Pekan dan, Mersing dan Kota Tinggi di Johor hujan berterusan dijangka turun sehinga sehingga 2 Disember.
Sementara itu, beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu telah mula dinaiki air.
Di Kelantan, 29 orang daripada lima keluarga di Kampung Chenulang, Kota Bharu dipindahkan ke pusat pemindahan hari ini selepas rumah mereka dinaiki air sedalam hampir satu meter.
Pegawai Pertahanan Awam Kuala Krai, Kapten (PA) Mohd Hanid Omar berkata, kampung berhampiran seperti Kampung Enggong, Pasir Jering, Kuala Pertang dan Kebun Pisang juga bersedia untuk menghadapi banjir.
“Kami percaya lebih banyak penduduk kampung, terutamanya yang terletak berhampiran dengan sungai akan dipindahkan kerana paras sungai dijangkakan untuk meningkat,” katanya.
Di Terengganu pula, 283 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di daerah Besut dan Setiu setakat jam 2 petang tadi.
Hujan lebat di kedua-dua kawasan itu sejak malam semalam telah menyebabkan paras di tiga sungai di Setiu dan satu di Besut melepasi paras bahaya mengikut portal Jabatan Pengairan dan Saliran.
Dilaporkan juga beberapa sungai di daerah Hulu Terengganu dan Dungun, telah melepasi paras berjaga-jaga dan juga paras amaran.

0 Comments