Anwar kemuka usul supaya isu Covid-19 dibahaskan

 


DATUK SERI ANWAR IBRAHIM  mengemukakan usul kepada Dewan Rakyat supaya Proklamasi Darurat serta ordinan-ordinannya tidak hanya dibentang, tetapi turut dibahas.

Ketua Pembangkang di Parlimen itu menerusi perkongsian di laman Facebooknya mahu perbahasan itu dijalankan pada sidang akan datang.

Anwar turut mahu segala hal berkaitan pandemik Covid-19 termasuk program vaksinasi, perbelanjaan dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) turut dibahaskan.

"Hari ini saya telah menghantar suatu usul bagi memastikan sidang dewan akan datang mesti membahaskan Ordinan Darurat, situasi pandemik Covid-19, kadar vaksinasi, kadar ujian saringan serta perincian terkait perbelanjaan dan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan kerajaan.

"Usul ini dihantar bagi memastikan ruang perbahasan yang telus dan komprehensif akan berjalan dalam ruang lingkup demokrasi berparlimen serta lunas-lunas negara hukum (rule of law)," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu turut berkongsikan pemberitahuan bersurat itu di laman sosial beliau.

Menurut pemberitahuan bersurat yang ditujukan kepada Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Maydin itu, Anwar mendakwa Proklamasi Darurat melalui Ordinan-Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 gagal mencapai maksud utamanya iaitu melandaikan keluk jangkitan Covid-19.

Anwar mahu isu penting dibahaskan

Beliau turut  mendakwa keadaan ekonomi negara semakin parah sehingga pelbagai petunjuk menunjukkan Malaysia menuju ke arah negara gagal.

Keadaan ekonomi rakyat katanya terus meruncing dan jurang kaya dan miskin semakin melebar sehingga wujudnya kumpulan B60.

Post a Comment

0 Comments