KENYATAAN Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa pihak yang mengkritik kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani Covid-19 sebagai ‘gila berpolitik diselar seorang ahli akademik dan pemerhati politik terkenal.
Dalam perkongsian di laman Facebooknya, Prof Mohammad Agus Yusoff menegaskan bahawa mana-mana pihak tidak akan membuat kritikan terhadap PN tanpa asas kukuh.
Jika orang politik mengkritik kerajaan jelasnya, ia kerana mereka mahukan tindakan kerajaan yang lebih cekap dan berkesan. malah menjadi tugas mereka untuk memainkan peranan semak dan imbang.
Manakala rakyat jelasnya 'mengkritik' kerajaan kerana mereka tidak berpuas hati dengan beberapa tindakan kerajaan yang tidak cekap dan cepat dalam mengendalikan krisis ini.
"Misalnya, kerajaan mengisytiharkan darurat atas alasan mahu mengatasi ancaman Covid. Tetapi apabila parlimen digantung, tidak juga kes Covid ini menurun.
"Selain itu, rakyat mengkritik kerana tidak berpuas hati lambat divaksin, SOP dua darjat, pelaksanaan SOP tidak konsisten, dan lockdown yang menyukarkan. Ingat! Akibat lockdown ini ada rakyat yang hilang pekerjaan sehingga mendapat tekanan emosi yang kuat.
"Salahkah ahli politik dan rakyat mempersoalkan hal ini?" soalnya.
Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah melalui laporan media semalam berkata, H"anya mereka yang masih gila 'berpolitiking' membuat kenyataan bahawa Malaysia sudah gagal menangani wabak Covid-19.
Malah Ahli Parlimen Marang, Terengganu itu menyifatkan pengkritik kerajaan seolah-olah berada di planet lain bukan di alam bumi.
Sebagai rekod, pentadbiran Mahiaddin Md Yassin kini dikritik hebat susulan penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.
Beberapa langkah dilaksana kerajaan termasuk dengan meletakkan negara dibawah perintah darurat dan 'penggantungan ' sidang parlimen dan sekatan dilakukan terhadap rakyat gagal melandaikan keluk jangkitan wabak tersebut.
PN turut didakwa lembab menjalankan proses vaksinasi Covid-19.
Situasi kesihatan negara berada dalam keadaan sangat membimbangkan dengan beberapa hospital sebelum ini dilapor sesak dengan pesakit dan petugas kesihatan kini berdepan isu kelesuan susulan kegagalan pihak berwajib menangani penularan wabak tersebut walaupun negara pernah melakukannya sebelum ini.
Sementara itu Mohammad Agus berkata, kerajaan sewajarnya menangani keluhan rakyat dengan baik, malah Sebagai pemimpin perlu bersedia menerima kritikan rakyat sebagai cabaran untuk mengatasinya.
"Itulah sebabnya kelmarin saya berpesan apabila berkuasa jangan alergik kepada kepembangkangan. Jangan jadi diktator.
![]() |
Pemimpin perlu terbuka terima kritikan |
"Rakyat tidak mengkritik semata-mata untuk mengkritik. Rakyat sudah melakukan segalanya untuk hidup termasuklah mengangkat bendera putih. Insafi itu," tegasnya lagi.
0 Comments