GESAAN supaya Umno memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipimpin Muhyiddin Yassin semakin jelas.
Sebahagian besar bahagian Umno yang mengadakan mesyuarat perwakilan minggu lalu jelas menyatakan pendirian tersebut.
Memetik laporan media semalam, Umno Bahagian Kuala Selangor mengusulkan parti itu menolak kerjasama dengan Bersatu,
Ketuanya, Jahaya Ibrahim dipetik laporan Sinar berkata, parti itu akan menolak siapa sahaja calon diketengahkan Bersatu pada Pilihan Raya akan datang.
Perkara sama turut diputuskan Umno bahagian Seremban. Ketuanya, Mustafa Salim berkata, pihaknya sudah sepakat tidak akan menjalinkan kerjasama dengan Bersatu.
Perkara itu dipersetujui hampir semua bahagian Umno di Seremban.
Sementara itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa 143 dari 191 bahagian Umno (74.8 peratus) mengusulkan untuk tidak bekerjasama dengan parti pimpinan Muhyiddin pada PRU15.
Katanya, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno Rabu ini.
"Saya berharap keputusan yang akan dibuat nanti diterima sebagai keputusan parti kerana jika satu keputusan sudah dibuat, maka semua harus akur dan diikuti," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
Difahamkan, pemimpin parti dari Melaka, Perak, Kelantan, dan Pahang, turut membuat ketetapan serupa.
Dalam pada itu, terdapat segelintir pemimpin Umno yang masih memihak kepada Muhyiddin.
Umno Putrajaya pula menyuarakan pendirian berbeza, iaitu menyokong kepimpinan Muhyiddin sebagai perdana menteri.
Ketuanya Tengku Adnan Tengku Mansor juga berharap hubungan Umno dan Bersatu dapat diperbaiki.
![]() |
Majoriti mahu hubungan dengan Bersatu putus |
Ismail adalah salah seorang daripada empat menteri kanan dalam kabinet Muhyiddin.
0 Comments