Pendaki digesa lebih bersedia sebelum ke Kinabalu


MENTERI
Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew menggesa individu yang akan mendaki Gunung Kinabalu supaya lebih bersedia secara fizikal dan mental sebelum memulakan pendakian.

Gesaan itu susulan insiden kematian seorang pendaki akibat sindrom akut gunung (AMS) ketika menerima rawatan di Hospital Ranau, awal pagi Selasa.

"Para pendaki diingatkan sebelum memutuskan untuk mendaki Gunung Kinabalu, perlulah bersedia dari segi fizikal dan mental," katanya.
 
Terdahulu Alexzander Kueh Check Boo, 45, disahkan meninggal dunia jam 4.30 pagi selepas dibawa turun ketika mendaki gunung bersama isterinya yang turut mengalami AMS.

Mendiang bersama isterinya mula mendaki puncak Gunung Kinabalu pada Isnin dan tiba di Panalaban namun dipercayai mengalami AMS.
 
"Berdasarkan maklumat, mereka tiba di Panalaban pada 24 April lalu, kemudian pada jam 9 malam Ng mengadu sakit kepala dan sesak nafas.

"Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung  (Mosar) berjaya memberikan bantuan oksigen dan kemudian membawa Ng ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.

Christina arah keluarga mangsa diberi bantuan
"Selang empat jam kemudian iaitu dua kilometer dari Timpohon Gate, mendiang pula mengalami kesukaran bernafas dan kekejangan otot sebelum diusung ke Timpohon dan turut di bawa ke hospital yang sama namun disahkan meninggal dunia pada jam 4.30 pagi," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Christina memaklumkan telah meminta pihak Taman-Taman Sabah (TTS) yang terletak di bawah Kementeriannya membantu keluarga mangsa.
 

Post a Comment

0 Comments