SEORANG bekas pemimpin politik menyuarakan keyakinan bahawa tiada gelombang hijau akan berlaku pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.
Lim Kit Siang yang juga bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri dalam kenyataan berkata, keyakinan itu berdasarkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan yang dipimpinnya ketika ini telah meraih sokongan hampir semua lapisan masyarakat di negara ini.
Katanya, perkara ini dapat dilihat dari kehadiran meriah dari pelbagai kumpulan etnik dan agama pada majlis rumah terbuka Aidilfitri, baik yang dianjurkan oleh kerabat diraja, pemimpin politik atau rakyat biasa.
“Ini menjadi bukti semangat solidariti dan keterbukaan Malaysia dalam kalangan rakyat boleh melangkaui perbezaan kaum, agama dan budaya dan menjadi petanda yang Malaysia mampu menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya serta tamadun,' katanya.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan kononnya akan berlaku gelombang hijau pada PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang akan diadakan selepas Jun ini, Beliau berkata ia berpunca dari dakwaan kononnya orang Melayu di negara ini sedang terancam.
“Mesej tunggal yang cuba dicanang oleh Bersatu dan Pas dalam Perikatan Nasional (PN) adalah kononnya orang Melayu sedang diancam dan orang Melayu telah kehilangan semua hak politik dan ekonomi sedangkan mesej ini dibentuk berasaskan kepada penipuan, fitnah dan berita palsu di media sosial.
"Sekiranya orang Melayu dibuat untuk percaya bahawa ada rancangan jahat untuk menghapuskan kaum Melayu dan agama Islam, mereka akan menentang dan melawan habis-habisan.
![]() |
Dakwaan orang Melayu terancam hanya retorik palsu |
Dalam masa sama beliau turut menegaskan kerajaan perlu ada usaha besar-besaran untuk membetulkan persepsi salah dimainkan pihak lawan yang kononnya kaum, agama, dan budaya orang Melayu sedang terancam dan akan dihapuskan.
0 Comments