Dadah Zombie: Ibu bapa digesa pantau anak-anak

 


GOLONGAN  ibu bapa digesa lebih berwaspada kepada pembelian dalam talian anak-anak mereka.

Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) dalam satu kenyataan berkata, sejak beberapa bulan lalu, terdapat peningkatan terhadap penjualan dadah jenis dadah jenis xylazine, atau tranq secara dalam talian.

Jenis dadah tersebut yang juga dikenali sebagai 'dadah zombie' telah diletakkan sebagai ancaman utama oleh semua peringkat pentadbiran di Amerika Syarikat.

"Menurut Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (DEA) yang dilaporkan AFP, serbuk xylazine boleh dibeli secara dalam talian daripada pembekal dengan hanya harga serendah RM24 sehingga RM80 bagi satu kilogram bahan ini.

"Menurut The New York Post, hospital jarang menguji xylazine dengan ujian toksikologi biasa kerana tranq tidak diklasifikasikan sebagai bahan kawalan untuk manusia atau haiwan.

"Ia menimbulkan masalah kerana bahan itu tidak dianggap seperti dadah lain di pasaran," kata kenyataan tersebut.

Difahamkan, pengambilan dadah zombie atau xylazine ini boleh menurunkan tekanan darah serta kadar denyutan jantung seseorang ke tahap sangat rendah dan boleh menyebabkan ulser kulit dan kudis yang boleh menyebabkan anggota badan dipotong.

Xylazine mendorong simptom seperti sedatif, mengantuk berlebihan dan masalah pernafasan, serta kudis yang boleh menjadi serius dan merebak dengan cepat menyebabkan individu berkenaan tidak ubah seperti zombie atau mayat hidup.

"Pemantauan ibubapa kepada pembelian secara dalam talian barangan yang meragukan oleh anak-anak belia dan remaja ini mampu mengekang penularan penggunaan dadah jenis zombie ini di negara ini.

Ibu bapa digesa pantau anak-anak
"Ibubapa boleh menghubungi talian helpline MASAC di 017-322 6380 jika memerlukan maklumat lanjut berkait apa-apa perkara dadah.

MASAC turut menggesa Kerajaan untuk merangka perundangan yang lebih holistik berkenaan bahan xylazine, dari yang ada kini untuk mengekang aktiviti penjualan dan pembelian berkait bahan ini di negara ini sebelum ia menjadi barah pemusnah seperti di negara lain," kata Setiausaha Agung MASAC Raja Azizan Suhaimi melalui kenyataan tersebut.

Post a Comment

0 Comments