Shamsul Iskandar sampaikan sumbangan PM kepada mangsa kebakaran


DUGAAN
sebuah keluarga di Kampung Tanjung di Rembau yang ditimpa musibah kebakaran pada Rabu mendapat perhatian Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Setiausaha Politiknya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin telah menyampaikan bantuan kewangan kepada keluarga berkenaan petang tadi.

Menurut Shamsul, bantuan dihulur perdana menteri itu bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga bekas imam, Abd. Rahaman Che The, 73 yang berdepan ujian hebat apatah lagi kejadian tersebut berlaku ketika umat Islam menyambut Aidilfitri.

“Keluarga ini berdepan ujian hebat, saya mewakili Perdana Menteri merakamkan ucapan takziah dan tentunya kami hadir bagi menunjukkan rasa simpati serta menyampaikan sumbangan bagi membantu meringan beban keluarga ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Media sebelum ini melaporkan sebuah keluarga berdepan detik cemas selepas rumah mereka terbakar dan musnah sekelip mata dalam kejadian di Kampung Tanjung, Gadong di sini malam semalam.

Sumbangan disampaikan ringan beban keluarga
Abd. Rahaman berkata, kebakaran melibatkan rumah pusaka arwah isterinya itu berlaku kira-kira pukul 7.28 malam dan dia yang ditemani anak, menantu dan cucu yang seramai 13 orang bergegas keluar dari rumah tersebut ekoran api merebak begitu cepat.

Sementara itu anak Abd. Rahaman, Muhammad Al-Hafiz, 35 yang menerima sumbangan tersebut merakamkan perhargaan kepada Perdana Menteri yang prihatin dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga.

“Kami sangat bersyukur dan berterima kasih atas kesudian beliau membantu kami,” katanya.

Post a Comment

0 Comments