Kerajaan Kelantan yang perlu ditukar, bukan Selangor

 


SEORANG penganalisis politik membidas niat pas yang mahu merampas kerajaan negeri Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dahlan Maamor yang juga bekas personaliti televisyen dalam satu tulisannya berkata, sebaliknya pentadbiran negeri dipimpin oleh Pas yang Pas yang perlu ditawan pada PRN itu nanti.

Tegasnya, rakyat bahagia di Selangor dengan kemudahan dan keprihatinan kerajaan negeri kecuali orang Pas saja yang merasa sangat bahagia di Kelantan walaupun terpaksa bermandi dan meminum air keruh.

"Terima kasih Pas kerana mengiktiraf Selangor sebuah negeri kaya. Namun lain pula keadaannya di Kelantan yang terus mundur dengan rakyatnya dibelenggu hingga hari ini dengan masalah  bekalan air bersih dan kemiskinan tegar.

"Justeru, bukan Selangor, tetapi sepatutnya pentadbiran Kelantan yang perlu diubah. Pas mesti disingkirkan untuk memberi ruang perubahan lebih baik.

"Saya yakin selagi Pas bertapak di bumi Kelantan maka rakyat akan terus minum “teh tarik” percuma yang keluar melalui kepala paip di setiap rumah," sindirnya merujuk masalah air yang gagal diselesaikan pentadbiran Pas di negeri dikuasai mereka.

Dahlan turut berkongsi pengalaman betapa sukarnya berdepan dengan isu air ketika bermasutautin di negeri diperintah Pas itu.

"Bukan setakat susah untuk dapatkan bekalan air minum, membasuh pakaian malah untuk mandi wajib pun sukar kerana air sering tiada.

"Derita air memang tidak tertahan dan ia berlaku sekitar 90an namun hingga ke hari ini masalah itu gagal di atasi namun Pas terus diberi kepercayaan menjadi kerajaan negeri hanya kerana laungan “negeri serambi Mekah”.

Dalam tulisan sama beliau turut menyelar dakwaan Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir dalam Harakahdaily yang mendakwa rakyat Selangor hidup susah walaupun negeri itu kaya.

"Pas Selangor menyebut tentang jalan, perparitan yang daif, pengurusan sisa pepejal cukup lemah di kawasan menteri besar, rasa seperti mahu tergelak besar mendengar hujah ini.  

"Dia sepatutnya perlu sibuk dengan Kelantan dan Terengganu dan kini melarat ke Kedah kerana masalah air.

Apakah orang Selangor mahu bertindak tak bijak?
"Minta dijauhi Pas memerintah Selangor kerana bimbang Selangor akan kembali mundur dan masalah air akan terus menghantui seperti apa yang berlaku di Kelantan," tambahnya lagi.

Justeru tegasnya rakyat Selangor perlu buat penilaian bijak dan jangan termakan dengan propaganda murahan Pas yang akhirnya merugikan diri sendiri.

Post a Comment

0 Comments