Jangan jadikan wang simpanan rakyat sebagai 'umpan' PRU

 


PERIKATAN NASIONAL (PN) dilihat seolah-olah ketandusan modal kempen sehingga sanggup menjadikan wang simpanan rakyat sebagai umpan pilihan raya.

Pandangan itu dinyatakan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merujuk kenyataan Pengerusi PN, Mahiaddin yang berkata gabungan itu bersedia melaksanakan penilaian semula pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar, jika mereka menang PRU15.

“Itu (KWSP) duit rakyat dan (duit) rakyat dah tinggal sikit RM10,000, fahamlah sikit peranan kerajaan dan perdana menteri itu untuk pulihkan ekonomi, hentikan kontrak tanpa tender yang dibuat oleh perdana menteri dahulu.

“Sama ada Ismail (Ismail Sabri Yaakob) atau Muhyiddin (Yassin) termasuk DNB (Digital Nasional Berhad) tidak ada tender, bocor berbilion (ringgit), kontrak-kontrak diberikan begitu banyak semasa beliau jadi perdana menteri.

“Itu mesti dihentikan dan boleh selamatkan berbilion-bilion ringgit,” katanya Anwar.

Calon perdana menteri itu sebelumnya hadir pada program santai bersama anak muda di Bukit Beruang di Melaka.

Beliau menegaskan, walaupun beliau sebelum ini bersetuju dengan keputusan pengeluaran wang simpanan itu susulan pendemik Covid-19, namun kini jelasnya kerajaan sepatutnya memikirkan cara lebih munasabah untuk membantu rakyat.

Apakah PN mahu rakyat tiada wang simpanan?
“Tidak perlu menekan rakyat dari segi wang (KWSP) mereka bawa keluar sampai tak ada (duit) dah.

“Dulu saya cadang (keluar KWSP) saya setuju peringkat awal (tapi) dah keluar dah banyak duit. Sekarang tak ada modal (kempen) lain kah?,” soalnya.

Post a Comment

0 Comments