PARTI AMANAH NEGARA (Amanah) melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Pesuruhjaya Pas negeri Perak, Razman Zakaria yang telah mencemarkan perjalanan Piihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan kempen yang didakwa berbaur fitnah.
Pengerusi Amanah, Datuk Asmuni Awi berkata, calon bertanding seharusnya fokus kepada isu-isu rakyat seperti ekonomi, harga barang dan kemiskinan, bukannya fitnah serta adu domba yang mencemar keharmonian parti dan rakyat.
Sehubungan itu katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta mengambil tindakan dengan menyiasat ucapan Razman menerusi video tular di media sosial.
“Saya amat kesal dengan video tular berkaitan ucapan berbaur fitnah calon Perikatan Nasional (PN) daripada PAS itu.
“Sewajarnya kempen-kempen berbaur fitnah ini dihentikan, malah Islam cukup melarang umatnya memfitnah kerana kesan kepada masyarakat cukup besar dan tindakan ini amat dikesali sama sekali,” katanya dalam kenyataan.
Pada Ahad, sebuah portal berita menyebut, Razman yang merupakan calon Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol mendakwa, Pakatan Harapan (HARAPAN) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ke negara ini, selain mendakwa DAP membawa agenda komunis.
Asmuni sementara itu mengajak pengundi menolak calon-calon yang mengamalkan politik fitnah dan kebencian kerana ia tidak membawa apa-apa manfaat dan kebaikan kepada rakyat dan negara.
Sebagai rekod, Razman sebelum ini pernah beberapa kali disaman atas tindakannya membuat fitnah.
Pada November 2017, Mahkamah Sesyen Ipoh memerintahkan Razman membayar RM200,000 kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkaitan dua perenggan kenyataannya dalam artikel akhbar Sinar Harian yang mengaitkannya sebagai menyokong konsep negara sekular yang diperjuangkan DAP.
Beberapa bulan sebelumnya, Razman dilapor membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakannya mengaitkan penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) dengan Parti Komunis Malaya (PKM).
Ia berikutan tindakan Razman memuat naik poster bertajuk “sejarah yang berulang” yang memaparkan gambar beberapa pemimpin Amanah dengan membandingkan penubuhan parti itu yang didakwa Proksi DAP dengan Rejimen Ke-10 iaitu sayap kanan PKM.
Yang terbaharu, Mahkamah Tinggi Deorge Town pada 18 Mac lalu memerintah Razman membayar ganti rugi RM250,000 kepada Lim Guan Eng dan membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung catatan Facebook yang disifatkan memfitnah Guan Eng apabila mendakwa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan kerajaan Pulau Pinang menyokong larangan pekerja hotel memakai tudung.
Dalam tuntutan samannya, Guan Eng berkata, dakwaan Razman itu direka-reka bertujuan mencemarkan reputasinya dan menggambarkannya tidak menghormati Islam dan budaya Melayu.
Pengerusi Amanah, Datuk Asmuni Awi berkata, calon bertanding seharusnya fokus kepada isu-isu rakyat seperti ekonomi, harga barang dan kemiskinan, bukannya fitnah serta adu domba yang mencemar keharmonian parti dan rakyat.
Sehubungan itu katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta mengambil tindakan dengan menyiasat ucapan Razman menerusi video tular di media sosial.
“Saya amat kesal dengan video tular berkaitan ucapan berbaur fitnah calon Perikatan Nasional (PN) daripada PAS itu.
“Sewajarnya kempen-kempen berbaur fitnah ini dihentikan, malah Islam cukup melarang umatnya memfitnah kerana kesan kepada masyarakat cukup besar dan tindakan ini amat dikesali sama sekali,” katanya dalam kenyataan.
Pada Ahad, sebuah portal berita menyebut, Razman yang merupakan calon Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol mendakwa, Pakatan Harapan (HARAPAN) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ke negara ini, selain mendakwa DAP membawa agenda komunis.
Asmuni sementara itu mengajak pengundi menolak calon-calon yang mengamalkan politik fitnah dan kebencian kerana ia tidak membawa apa-apa manfaat dan kebaikan kepada rakyat dan negara.
Sebagai rekod, Razman sebelum ini pernah beberapa kali disaman atas tindakannya membuat fitnah.
Pada November 2017, Mahkamah Sesyen Ipoh memerintahkan Razman membayar RM200,000 kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkaitan dua perenggan kenyataannya dalam artikel akhbar Sinar Harian yang mengaitkannya sebagai menyokong konsep negara sekular yang diperjuangkan DAP.
Beberapa bulan sebelumnya, Razman dilapor membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakannya mengaitkan penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) dengan Parti Komunis Malaya (PKM).
Ia berikutan tindakan Razman memuat naik poster bertajuk “sejarah yang berulang” yang memaparkan gambar beberapa pemimpin Amanah dengan membandingkan penubuhan parti itu yang didakwa Proksi DAP dengan Rejimen Ke-10 iaitu sayap kanan PKM.
Razman pernah beberapa kali disaman fitnah |

0 Comments