Wanita maut depan pintu utama Universiti Malaya


SEORANG
wanita maut dihempap pokok tumbang ketika berjalan di hadapan pintu masuk utama Universiti Malaya (UM), petang tadi.

Ketika kejadian, hujan lebat dan ribut petir melanda kawasan berkenaan kira-kira jam 5.25 petang

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, memaklumkan pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 5.31 petang, sebelum mengerahkan jentera dari Balai Bomba Seputih dan Balai Bomba Pantai ke lokasi kejadian.

Salah sebuah kereta yang remuk ditimpa pokok
“Pasukan bomba dan penyelamat tiba di lokasi kejadian pada jam 5.44 petang.

"Mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," kata jurucakap JBPM.

Sementara itu difahamkan, beberapa kereta turut rosak dihempap pokok dalam kejadian itu.

"Terdapat juga pokok tumbang yang menghempap tiga buah kenderaan yang diletakkan di kawasan berhampiran.

"Pihak bomba turut membantu pemandu dan penumpang sebuah kereta jenis Proton Saga BLM, yang turut dihempap pokok berhampiran pintu masuk utama,” kata kenyataan di sini, sebentar tadi.
itu.

Dua lagi kereta jenis Toyota Vios dan Perodua Myvi, tidak mempunyai penumpang yang parkir di kawasan berhampiran turut dihempap pokok.

Mayat mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Post a Comment

0 Comments