Jumpa 39 mayat dalam trak, polis lancar siasatan


PIHAK
berkuasa di Britain melancarkan satu siasatan kes bunuh besar-besaran.

Ia selepas 39 mayat ditemui dalam sebuah trak dari Bulgaria, semalam.

Kesemua mereka yang dipercayai imigran ditemui di sebuah taman industri di Grays, timur London.
Semua mereka diisytiharkan maut di tempat kejadian dan insiden itu mencetuskan kemarahan di kalangan ahli politik dan sekali lagi meletakkan aktiviti penyeludupan manusia dalam perhatian.

Polis tempatan di Essex yang sedang bekerjasama dengan imigresen berkata, keutamaan mereka adalah untuk mengenalpasti mangsa.

Katanya, 38 daripada mangsa adalah dewasa dengan seorang remaja, setakat ini.

“Ia adalah insiden tragik, ramai kehilangan nyawa,” menurut kenyataan ketua polis Essex, Superintendan Andrew Mariner dipetik laporan AFP.

Sementara itu, pemandu trak terbabit, seorang lelaki berusia 25 tahun di Ireland Utara sudah ditahan atas dakwaan bunuh.

Post a Comment

0 Comments