RAZMAN ZAKARIA yang didakwa membuat fitnah jahat apabila menuduh Pakatan Harapan (HARAPAN) diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membawa agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ke negara ini diberi tempoh sehingga hari ini untuk membuat permohonan maaf terbuka.
Calon HARAPAN bagi Parlimen Bagan Serai, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, sekiranya Pesuruhjaya PAS Perak itu enggan berbuat begitu, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengheret Razman ke mahkamah.
"Kita beri 24 jam kepada Razman untuk beliau buat permohonan maaf secara terbuka. Sekiranya gagal kita akan susul dengan tindakan saman kerana ungkapan yang digunakan bersifat jahat dan merupakan provokasi fitnah yang melampau.
"Kita juga mahu menujukan teguran ini kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, yang juga Calon PN di Parlimen Bagan Serai, adakah beliau dan Razman menggunakan politik fitnah sebagai asas kempen berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) ini," katanya selepas membuat laporan di IPD Kerian semalam.
Turut hadir bersama Siti Aisha adalah tiga calon HARAPAN di DUN Perak, iaitu Khairul Azman Ahmad (Alor Pongsu), Sheikh Khuzaifah (Gunung Semanggol) dan Ahmad Saqif Ansarallah (Selinsing).
Sementara itu Siti Aishah yang merupakan bekas Ahli Dewan Negara berkata, mereka memberikan Idris tempoh 24 jam bagi menjawab perkara itu dan sekiranya tiada jawapan, bermakna beliau setuju fitnah menjadi asas kempen PN dalam PRU 15 ini.
Melalui video berdurasi 84 saat, Razman dalam ucapannya, mendakwa orang-orang Melayu yang menyokong HARAPAN, umpama menjadi tangan-tangan yang nak menyerahkan negeri kepada DAP yang diketuai oleh Anwar dan Lim Kit Siang.
Anwar tuduhnya mahu membawa agenda LGBT dalam negara ini, yang membolehkan lelaki boleh kahwin dengan lelaki, manakala wanita boleh mengahwini kaum sejenis mereka.
"Sikap mereka ini menunjukkan kepada masyarakat Bagan Serai ini bahawa parti mereka (PAS) ini yang menjadikan islam sebagai benteng agama,Jangan cemar kempen dengan fitnah
"Pada generasi muda ini adalah satu bentuk penilaian yang perlu dilihat semua, bagaimana politik matang yang dibawa HARAPAN akhirnya dibusukkan dengan cara politik fitnah yang dibawa PN, khususnya BERSATU dan PAS.
"Jadi kita akan tunggu permohonan maaf dari mereka dan bersedia dengan perlawanan undang-undang yang akan kita ambil dalam masa terdekat," kata Siti Aishah lagi.
0 Comments