PEGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut ganti rugi RM5 juta dan permohonan maaf secara terbuka daripada Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria.
Ia susulan tindakan calon Perikatan Nasional (PN) itu memfitnahnya dengan menuduh HARAPAN yang dipimpin Anwar membawa agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ke negara ini dan mahu menghalalkan perkahwinan sejenis, sekiranya gabungan pimpinannya menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.
Dalam surat tuntutan itu, ia menyatakan bahawa kenyataan Razman itu - disifatkan memfitnah - menggambarkan Anwar antara lain sebagai seorang yang tidak berprinsip, korup, manipulatif, pro-komunisme, pro-sosialisme, seorang yang berkelakuan menyeleweng, dan seorang Muslim yang jahat.
Melalui surat tuntutan (LOD) bertarikh Selasa dan disampaikan melalui peguam Anwar, SN Nair & Partners itu, Razman diberi masa tujuh hari dari tarikh menerima surat untuk menjawab tuntutan Anwar.
Razman pada Ahad berulang kali memberi amaran kepada orang yang lalu lalang semasa berkempen di pasar malam Tebuk Pancur supaya tidak mengundi HARAPAN dan BN.
Selain mendakwa Anwar mempunyai agenda LGBT, Razman mendakwa Anwar mahu menyerahkan kuasa kepada DAP.
Anwar melalui satu rakaman video baru-baru ini turut membidas fitnah dilempar Razman terhadapnya.
Jangan jadikan fitnah sebagai budaya politik |
Tambahnya, walaupun sering dimaki 'ustaz-ustaz' dalam PAS, namun beliau menerima dukungan ilmuan Islam ternama dunia lain antaranya Allahyarham Syeikh Dr Yusuf 'Abdullah al-Qaradawi dan ramai lagi yang memiliki ilmu agama lebih tinggi.
0 Comments