PENGLIBATAN golongan muda pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini penting bagi memastikan negara dapat bergerak kehadapan.
Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi kerusi Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, atas kesedaran itu golongan ibu bapa perlu memainkan peranan memastikan anak-anak mereka yang berumur 18 tahun ke atas keluar mengundi pada 19 November ini.
Beliau yang juga melihat bahawa pilihan raya kali ini penting bagi mencorakkan Malaysia turut menyifatkan golongan anak muda itu akan menjadi penentu kemenangan HARAPAN.
“Anak muda harus didekati dan dipujuk agar menyokong Pakatan Harapan.
“Ibu, bapa, abang dan kakak pastikan anak-anak dan adik-adik mengundi Pakatan Harapan.
“Ini lah peluang terbaik kita untuk ubah Kerajaan Persekutuan. Ruang dan peluang meningkat dari hari ke hari dan mendapat momentum yang baik dari rakyat,” katanya pada Ceramah Jelajah Mega Harapan 2022 di Tampin malam tadi.
Sementara itu, Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan ketika mengulas mengenai kawasan ditandinginya berkata pengundi di Port Dickson mengharapkan pemimpin yang bakal menjaga kawasan ini dapat sentiasa mendengar permasalahan mereka.
“Keperluan mereka (rakyat) bukannya besar, bukannya mereka hendak buat bangunan pencakar langit di Port Dickson, apa yang penting bagaimana kita menghargai mereka dengan menyediakan keperluan seharian mereka.
“Apa yang diperlukan oleh mereka (penduduk) dan menghargai mereka. Kalau negara ditadbir oleh HARAPAN kemungkinan akan lebih baik," jelasnya.
Sepanjang tempoh awal berkempen ini juga beliau berkata lebih menumpukan masalah yang disuarakan penduduk yang perlu segera diambil perhatian.
“Saya melihat permasalahan setempat, selepas pilihan raya ini perlu selesai dan dibaiki.
“Antara isu setempat yang dimaklumkan oleh rakyat di sini adalah isu jalan , bekalan elektrik, lampu jalan. Ini merupakan antara keperluan kawasan pedalaman dan saya cuba menyelesaikan isu yang dipendam oleh rakyat, itu paling penting,” katanya semasa lawatan bertemu penduduk di Ladang Sengkak, Pasir Panjang.
Aminuddin yang sedang dalam usaha mempertahan kerusi di menangi HARAPAN itu akan berdepan saingan lima penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan ; calon Perikatan Nasional (PN) Rafiei Mustapha; calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan calon Bebas, Abdul Rani Kulup Abdullah.
Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi kerusi Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, atas kesedaran itu golongan ibu bapa perlu memainkan peranan memastikan anak-anak mereka yang berumur 18 tahun ke atas keluar mengundi pada 19 November ini.
Beliau yang juga melihat bahawa pilihan raya kali ini penting bagi mencorakkan Malaysia turut menyifatkan golongan anak muda itu akan menjadi penentu kemenangan HARAPAN.
“Anak muda harus didekati dan dipujuk agar menyokong Pakatan Harapan.
“Ibu, bapa, abang dan kakak pastikan anak-anak dan adik-adik mengundi Pakatan Harapan.
“Ini lah peluang terbaik kita untuk ubah Kerajaan Persekutuan. Ruang dan peluang meningkat dari hari ke hari dan mendapat momentum yang baik dari rakyat,” katanya pada Ceramah Jelajah Mega Harapan 2022 di Tampin malam tadi.
Sementara itu, Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan ketika mengulas mengenai kawasan ditandinginya berkata pengundi di Port Dickson mengharapkan pemimpin yang bakal menjaga kawasan ini dapat sentiasa mendengar permasalahan mereka.
“Keperluan mereka (rakyat) bukannya besar, bukannya mereka hendak buat bangunan pencakar langit di Port Dickson, apa yang penting bagaimana kita menghargai mereka dengan menyediakan keperluan seharian mereka.
“Apa yang diperlukan oleh mereka (penduduk) dan menghargai mereka. Kalau negara ditadbir oleh HARAPAN kemungkinan akan lebih baik," jelasnya.
Sepanjang tempoh awal berkempen ini juga beliau berkata lebih menumpukan masalah yang disuarakan penduduk yang perlu segera diambil perhatian.
“Saya melihat permasalahan setempat, selepas pilihan raya ini perlu selesai dan dibaiki.
Aminudin tumpu selesai masalah setempat |

0 Comments